CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

'Matahari' buatan China lima kali ganda panas

[Copy link]
Post time 5-1-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode

‘MATAHARI’ buatan China mampu mencapai suhu lima kali ganda lebih panas daripada matahari sebenar. FOTO Agensi

Beijing: Sebuah reaktor gabungan nuklear di China mencipta rekod baharu bagi suhu tinggi selepas berfungsi lima kali ganda lebih panas daripada matahari, selama lebih 17 minit, menurut media kerajaan.

Portal Independent melaporkan, Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST), dikenali sebagai 'matahari buatan' mencapai suhu 70,000,000 Celcius ketika eksperimen dilakukan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Matlamat utama membangunkan peranti matahari tiruan adalah untuk pembekalan tenaga bersih tanpa had dengan meniru tindak balas semula jadi yang berlaku dalam bintang.

"Eksperimen baru-baru ini meletakkan asas saintifik dan kukuh ke arah menjalankan reaktor gabungan," kata Gong Xianzu, seorang penyelidik di Institut Fizik Plasma Akademi Sains China yang mengetuai eksperimen berkenaan.

Projek EAST menelan belanja lebih 700 bilion Euro (kira-kira RM3.3 trilion) dan akan menjalankan ujian percubaan sehingga Jun.

Pasukan reaktor China juga akan memberikan sokongan teknikal kepada satu lagi projek mega reaktor gabungan nuklear yang sedang dibina di Marseille, Perancis.

Reaktor Eksperimen Termonuklear Antarabangsa (ITER) akan menjadi reaktor terbesar di dunia sebaik ia siap.

United Kingdom juga merancang untuk membina stesen janakuasa gabungan nuklear sebagai sebahagian daripada 'revolusi perindustrian hijau'.

Senarai pendek lima lokasi untuk tapak itu, sudah diumumkan bulan lalu.

Projek Spherical Tokamak for Energy Production (STEP) mensasarkan menghasilkan reka bentuk konsep menjelang 2024 dan membekalkan kuasa ke rumah orang ramai menjelang 2040-an.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.582220 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list