CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 941|Reply: 4

Baby Shima Tak Kisah Digelar Ratu Report Polis

[Copy link]
Post time 4-1-2022 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Baby Shima tidak kisah dicop ‘ratu report polis’ andai tindakan tegas yang diambil terhadap lelaki gila seks dapat menjadi pengajaran supaya jangan memandang remeh kes gangguan seksual.


Katanya, individu yang tergamak melayangkan ajakan berbaur lucah kepada orang lain di laman sosial seharusnya belajar menghormati wanita sebelum membuat perkara melampau yang boleh mengheret mereka ke muka pengadilan.




Foto: IG




“Negara kita ada undang-undang, bukan setakat minta maaf lepas buat gangguan melampau sebab setiap tulisan atau gambar tak senonoh yang ditujukan kepada seseorang secara maya tetap mencetuskan impak.


“Cuma saya terfikir kali ini nak kongsi perkara meloyakan itu sebagai peringatan. Selepas dikongsi individu tersebut ada DM (mesej langsung) saya untuk minta maaf tapi saya serahkan kepada pihak pengurusan dan peguam untuk tindakan selanjutnya.


“Dulu selepas buat laporan polis memang tiada lagi gangguan. Rupa-rupanya masih ada lagi spesis begini. Saya pun dah tak kisah orang nak cakap apa, ratu repot (polis) atau apa pun sebab saya kena bertegas demi wanita atau mangsa lain. Saya tak mahu mangsa pula dipersalahkan.


“Macam sebelum ini, kita tak repot dikecam juga atau dikata mahu gertak saja. Tindakan ini jadi pengajaran supaya hormati insan lain. Anda pun ada ibu, kakak atau adik perempuan. Kalau mereka dikacau, takkan anda diam diri?” katanya kepada Kosmo! Online.




  



Terdahulu, tindakan pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, mendedahkan profil pemilik akaun Instagram yang mengajaknya melakukan hubungan seks menerusi mesej meraih pelbagai reaksi ramai.


Menjengah ruangan komen, ramai menyokong tindakannya selepas berulang kali berhadapan isu sama, namun tidak kurang ada yang menyalahkan pemakaian seksi penyanyi Lalai itu sebagai punca diganggu.


Tegasnya, masyarakat harus berhenti menuding jari kepada mangsa, sedangkan si pelaku seakan diberikan lampu hijau untuk bebas berbuat apa sahaja demi memenuhi nafsu serakah mereka.




  



“Berhentilah menyalahkan wanita atau mangsa dalam kes sebegini. Ini bukan hal kecil kerana kalau tak dikekang kita takkan sedar sejauh mana individu tersebut boleh bertindak.


“Ini bukan lagi soal baju atau pembawakan seseorang. Mentaliti seperti ini yang patut diubah supaya golongan pengganggu ini beringat dan menghentikan perbuatan mereka.


“Lagipun kita sudah berada di tahun 2022, jangan biarkan pelaku seperti ini bermaharajalela. Saya ambil pendirian lantang bersuara sebagai penyuntik semangat kepada wanita atau mangsa lain supaya jangan takut,” katanya yang turut mencipta nama di Indonesia.


Bekas finalis program D’Academy Asia dan Pendatang Baru Dangdut Terpopular, Anugerah Dangdut Indonesia 2017 itu mengakui tidak pernah berhadapan isu sama daripada peminat di negara itu sepanjang lima tahun mencari rezeki di sana.


Terbaharu, Baby Shima sedang menjalani penggambaran drama berjudul Derita Untuk Isteri. Bergandingan dengan Erry Putra, drama berkenaan berkisar tentang isteri teraniaya yang menjadi mangsa dera dan kecurangan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 07:31 PM | Show all posts
Bekas finalis program D’Academy Asia dan Pendatang Baru Dangdut Terpopular, Anugerah Dangdut Indonesia 2017 itu mengakui tidak pernah berhadapan isu sama daripada peminat di negara itu sepanjang lima tahun mencari rezeki di sana.


So, sile la berhijrah ke sana. Not saying ape yang orang buat kat die tu betul. No, not at all. Just ko nak banding dengan sana pasal ape?
Nk cakap orang sana baik ke?
Deme x heran dgn ko sbb ramai lg cantik kat sana.
Ko ialah x cantik di mata diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ya ya ya..tak habis2 nk compare dgn ngara seberang..knp la ko tak pindah sana je trus?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Pindah jela sana.
Apa problem nya
boleh laa berjiran dengan acik nurul
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni sape? Tetiba je kemain banyak benang dia kat dalam forum ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069056 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list