Sumber foto: Tiktok Nilla Alin
Senggugut di mata lelaki mungkin terlihat seperti masalah yang ‘tidak severe’. Bahkan kebanyakkan daripada mereka melabelkan wanita sebagai mengada-ngada kerana menganggap sakit senggugut itu cumalah overreacting sahaja. Hakikatnya, keperitan tersebut memberi kesan yang berbeza termasuklah dengan kesukaran untuk bangun sehingga hanya mampu terbaring seharian di atas katil kerana terpaksa menghadapi sakit itu.
“Kami cuba pakaikan period simulator dengan boyfriend kami…Wait for it”
Tetapi, pernahkah anda membayangkan apa akan jadi sekiranya lelaki yang mengalami period? Ya, dengan wujudnya sebuah mesin period simulator yang mana menyerupai seperti senggugut sebenar, aksi lucu beberapa orang jejaka ini menjadi tular di media TikTok. Melalui perkongsian pengguna akaun Nilla Alin, teman lelaki mereka terlihat gagal menahan keperitan seakan-akan kekejangan sebelum ‘terjelepuk’ di atas sofa. Namun apabila para wanita mencuba, keadaan itu tenang sahaja meskipun sudah dinaikkan ke peringkat 10.
“Lelaki gagal tahan keperitan walaupun mesin simulator di level rendah”
Sumber foto: Tiktok Benz Trap House
Bagi akaun Benz Trap House pula, situasi berkenaan lebih kurang sama apabila kesemua lelaki terlihat tidak dapat menyembunyikan keperitan yang sedang dirasai meskipun di level terendah. Antara bahagian paling ‘azab’ adalah di paha dan juga sekitar pinggang sehinggakan mereka tertunduk-tunduk serta cuba mengurut dengan harapan rasa menyakitkan itu bakal menghilang. Seorang jejaka lain juga terlihat tidak percaya dengan apa yang disaksikannya.
“Bayangkan kami sebagai perempuaan kena kerja, masak & jaga anak dengan keadaan senggugut…Puas hati tengok!”
Sumber foto: Tiktok Nilla Alin
Menjengah ke ruangan komen juga, ramai netizen mengakui terhibur sekali gus meraih jutaan jumlah tontonan. Mereka juga merasa puas kerana cara berkenaan sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada golongan lelaki mengenai dugaan yang dihadapi orang perempuan setiap kali didatangi haid. -CARI
|