KUALA LUMPUR: Jendela 2021 ditutup dengan insiden mencuit hati dan bercampur malu buat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila jatuh 'terjelepok' di depan penonton, semalam.
Menjayakan persembahan pada ambang 2022 di Menara Kuala Lumpur, perasaan teruja selepas hampir dua tahun tidak muncul di hadapan peminat berikutan penularan COVID-19 bertukar menjadi 'tragedi' tanpa disangka-sangka.
Saat menuju ke platform pentas utama untuk menyampaikan lagu Pematah Hati, Nabila 'jatuh' 'terjelepok' di hadapan peminat.
Menerusi rakaman yang dimuat naik Nabila dalam laman Instagram (IG) yang tular, pelakon drama Pesan Pada Hati itu dilihat dengan segera mengawal perasaan malu dengan mengucapkan Selamat Tahun Baharu.
"Perkara nak berlaku, memang tak disangka-sangka. Apa yang tak seronok persembahan belum bermula, tetapi saya pula jatuh terduduk di hadapan penonton.
"Bagaimanapun, tidak mengapalah, asalkan persembahan dapat diteruskan. Saya bingkas bangun dan terus selamba menyanyi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Sakit juga sebab ada sedikit bengkak pada anggota badan. Perasaan malu usah cakap, tetapi saya kena buat selamba, sampaikan tak tahu nak gelak atau menangis," katanya kepada BH Online.
Nabila menambah, kasut tumit tinggi yang dipakai sudah beberapa kali membuatkannya terjatuh.
"Memang kasut ini sudah beri bayangan jangan diguna lagi. Masuk 2022 kena tukar kasut dan buang jauh-jauh.
"Saya pun tak mahu insiden jatuh terduduk ini berulang lagi," katanya.
Penyanyi Peluang Kedua itu berkata, dia tak mengalami kecederaan teruk.
"Hanya terseliuh sedikit sahaja. Apapun saya bersyukur dapat menghabiskan persembahan. Saya menyanyikan lagu Vroom Vroom dan Peluang Kedua.
"Teruja sebenarnya dapat mengadakan persembahan di hadapan khalayak termasuk peminat.
"Syukur dapat menyambut tahun baharu walaupun diuji insiden memalukan," katanya yang baru sahaja muncul dengan single Putus, tahun lalu.
Saat menuju ke platform pentas utama untuk menyampaikan lagu Pematah Hati, Nabila jatuh ‘terjelepok’ tanpa disangka di hadapan penonton. - Foto IG Nabila Razali
bawa2 la kurangkan pakai heels yang tak stabil tusampai nk bangun pun kena ada yang tolong
baru kak nab acah2 nk fefeeling lepas kotak suara sembuh kan
Jatuh 'Tergolek', Nabila Razali Ucap 'Happy New Year'
Penyanyi Nabila Razali memuat naik satu hantaran video menunjukkan dia jatuh terpelecok ketika menuju ke pentas dalam satu majlis sambutan tahun baru 2022.
"Alamak cane ek, cumi2 jatuh la plak," tulis kapsyennya disertai emoji berpeluh dan ketawa.
Di sebalik komen-komen rakan artis dan netizen yang turut sama tergelak sambil bersimpati, ada juga komen yang mengatakan ianya sekadar gimik, namun jika dilihat kesukaran yang ditunjukkan Nabila untuk bangkit sambil dibantu dua individu, sepertinya mustahil ianya gimik semata-mata.
Seorang netizen, @official_yaya91 yang katanya turut sama berada di tempat kejadian meninggalkan komen mendakwa "Bella memberitahu sambil ketawa, dia tidak sakit tetapi cuma malu sahaja".
Netizen sama juga berkata, suara Nabila sedap 'giler' ketika ditanya sama ada suara Nabila okay atau tidak oleh netizen lain.
pada aku dia jatuh tu bukan benda untuk di ketawakan...
kalau aku di situ mungkin aku jerit paling kuat kot sebab aku risaukan
ankle tu... stelletto dia tinggi giler.. jalan kat carpet memang susah nak balance
tu kalau ankle cedera tu lagi parah..... harap2 dia ok2 jer
macam-macam hal yek Cik Nab nak kekal relevan dalam industri....nasib baik lah sheols macam kelakar-kelakar bodo gitu...terhibur lah jugak sejak sheols berlakon... ada lah soft spot sikit selepas mencerca vokal sakit tonsil sheols tu..