CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 1

[Borneo] KKM Kaji Keperluan Dos Penggalak Keempat

[Copy link]
Post time 1-1-2022 11:06 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan pihaknya mengambil maklum berhubung kajian yang mendapati pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkitan Omicron.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) selepas kajian berkenaan dimuktamadkan.

“Kita sudah menerima berita itu, justeru kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.

“Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos.

“Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan ini,” katanya kepada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini. – BH Online


sabahpost.net/2022/01/01
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2022 11:08 PM | Show all posts
“Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos.


alamakkk ada lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.414633 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list