CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 604|Reply: 1

[Tempatan] Banjir : Jumlah mangsa di Terengganu, Kelantan meningkat

[Copy link]
Post time 1-1-2022 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 1-1-2022 12:56 AM

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan manakala di Pahang menunjukkan penurunan pada pagi ini.

Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir meningkat kepada 388 orang daripada 115 keluarga pagi ini berbanding 137 orang daripada 42 keluarga malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Rosman Abdullah berkata 225 mangsa daripada 60 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor di Dungun manakala 163 mangsa daripada daripada 55 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Setakat ini, hanya daerah Dungun yang terjejas dengan banjir gelombang ketiga di Terengganu.

Mangsa banjir di KELANTAN turut merekodkan peningkatan setakat 7 pagi ini, dengan jumlah mangsa direkodkan 1,399 orang daripada 412 keluarga berbanding 1,186 orang daripada 350 keluarga, semalam.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan 14 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu sembilan di Jeli dan lima di Kuala Krai.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan dua sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 23.95 meter (m) dan Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang (18.95 m)

Portal Rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi pautan http://bencanaalam.jkr.gov.my/ melaporkan satu Jalan Persekutuan di Kelantan yang menghubungkan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Jeli masih lagi ditutup kepada semua kenderaan setakat ini sejak semalam.

Di PAHANG, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan sebanyak 2,704 mangsa berada di 33 PPS di Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri pula melaporkan Jalan Kampung Belimbing di Maran ditutup kerana masih dinaiki air.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sunga Luit di Maran berada pada paras amaran manakala Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Kampung Merting, Jerantut berada pada paras waspada dengan trend menaik.

Turut berada pada paras waspada ialah Sungai Dong di Raub, Sungai Triang di Chemomoi, Bentong dan Sungai Kundang, Maran.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan di semua daerah di Pahang pada pagi ini.

Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir kekal dengan 466 mangsa melibatkan 132 keluarga di empat PPS di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding (20 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil (77 orang) di Hulu Langat, Stadium Tertutup Kuala Selangor (201 orang) dan SMK Kuala Selangor (168 orang) di Kuala Selangor.

Polis Selangor memaklumkan setakat 4 pagi tadi, laluan di Jambatan FT 31 Dengkil – Banting dan Jalan Genting Peras – Kuala Klawang telah dinaiki air dan ditutup bagi laluan kenderaan manakala jambatan jalan menghala ke Lapang Sasar, Subang rosak akibat banjir.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor memaklumkan mangsa banjir di negeri ini kekal 29 individu daripada sembilan keluarga yang berada di PPS Balai Raya Kampung Puom, Jelebu setakat 8 pagi ini. – BERNAMA






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2022 07:09 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan…dan dilindungi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056784 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list