View: 1892|Reply: 23
|
'Henti Tuding Jari' - NADMA Janji Tak Berlaku Lagi
[Copy link]
|
|
Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menggesa tidak ada lagi mana-mana pihak yang menuding jari mencari kesalahan dalam pengurusan bencana khususnya banjir.
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, dalam tempoh bersiap siaga untuk menghadapi gelombang kedua, semua pihak harus lebih berwaspada dan bersama-sama membantu.
“Bencana bukan masa nak cari salah. Apa salahnya jika ada mana-mana pihak bersama-sama membantu, kerana matlamat kita sama, menyelamatkan mangsa.
“Dalam keadaan sekarang, NADMA tidak mahu memikirkan apa tanggapan orang sebaliknya berusaha memberikan khidmat terbaik,” katanya ketika menjadi panel program SKOP MG, malam ini.
Beliau berkata, mendepani gelombang kedua, kerjasama erat di antara semua kementerian, agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah perlu ditambah baik.
“Saya faham, ada yang kurang tahu bidang tugas NADMA akan menuding jari tetapi, yang penting penyelarasan tugas itu sudah diberikan kepada mereka yang berhak melaksanakannya.
“Kami menunggu jika fasa awal di mana pengurusan daripada Pejabat Daerah tidak mampu, kemudian Setiausaha Kerajaan Negeri dan akhir sekali baru kami akan mengambil langkah sewajarnya.
“Kami tidak tahu lokaliti kawasan banjir, yang lebih arif adalah orang tempatan.
“Kami menyediakan logistik dan data yang ada pada kami juga datangnya daripada pengurusan setiap negeri,” jelasnya.
Dalam pada itu, menjawab persoalan pelayar mengenai tindakan yang lambat, Aminuddin berkata, perkara itu jelas sudah diberikan kepada setiap agensi.
“Kita beruntung ada kerajaan yang besar, memainkan peranan dengan baik dan memberikan bantuan kepada mangsa.
“Lihat sahaja, pengumuman yang dibuat oleh kerajaan, boleh dikatakan selang dua atau tiga hari pasti ada siri-siri bantuan.
“Kita akan buat terbaik demi keselamatan rakyat.
“Cumanya, komen-komen negatif itu datangnya daripada mereka yang tak pernah alami banjir, NADMA di Pantai Timur, orang suka dan selalu senyum pada kami, tapi tak apa, inilah perkara baharu yang kami belajar dan tambah baik” jelasnya.
NADMA dijadikan sasaran netizen berikutan banjir yang melanda Lembah Kelang baru-baru ini kerana dikatakan lambat bertindak.
Aminuddin yang mengakui ada mendengar perkara itu bagaimanapun tidak melatah sebaliknya terus mengambil pendekatan terbaik menangani isu ini.
“Apa yang negatif tu kami jadikan positif dan pastikan ia tidak berlaku lagi.
“Dalam isu banjir, kita tak boleh menjangka apa-apa walaupun kita dapat amaran hujan lebat tetapi taburan itu yang semua orang tak sangka.
“Bagaimanapun untuk gelombang kedua, perkara ini akan dibaiki lagi,” jelasnya.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Sudahlah...org dah tanya lama apa plan mitigation, plan risiko. Sampai la tak buat2..selesa sgt nadma ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja nk gaji semata2 mcm ni la..pas kt org tu org ni..org nun..ape pun xde.m |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 mengaku kelemahan yang mana memang terbukti pun, dan berjanji utk improve pun mungkin orang boleh terima. Tapi awak tidak, taichi ke daerah & state lah, boleh pulak tak cover banjir pasal kos tinggi dan alasan merepek2 walhal nama gah Agensi Bencana Negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar la org lain... Nampak Sgt dia x buat keje |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah, about time, stop being a reactive country, bila ade sesuatu baru nak meloncat , korek situ sini tunjuk pihak a tak nea , pihak b pun tak kene , selama ni , org nak tengok apa SOP , apa anticipated SOP kalau so and so berlaku.
lepas tu tingkatkan pengupayaan staff dalam bidang selok belok kemahiran menyelamat and kepakaran pada gensi agensi yg sepatutnya gunakan peruntukan kewangan tu dengan berhemah. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat akan duduk diam kalau I-citra keluar kerajaan bagi...ya betul |
|
|
|
|
|
|
|
NADMA waktu dibawah Wan Jijah Nuart kunyit tip top. Tanya kenapa pada rumput yg.bergoyang .... |
|
|
|
|
|
|
|
nadma ni bila ada bala baru bertindak itu pon lamberrrrrtttttt.. takde buat annual BCP kah? choii sgt makan gaji buta |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar pengurusan atasan terus...mkn gaji buta. Tidak menjalankan fungsi Jabatan |
|
|
|
|
|
|
|
sepanjang tahun dari feb-nov staff nadma ni buat apa ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sgt jabatan takde KPI, takde target tahunan. Bila situasi sebenar berlaku, tak tau nak buat apa. Lembab dlm tindakan sb xpenah buat kerja @ latihan |
|
|
|
|
|
|
|
nadma memang hampeh .. nak check data org kena covid pun sampai 6 bulan nak luluskan bantuan khas... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu apa guna menteri besar lantik pegawai daerah setiap daerah dan lantik pejabat penghulu dekat setiap mukim
goyang telor ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Sefaham i, bencana di selangor di peringkat daerah, negeri semua dah bertindak cuma tak cukup aset. Perlu bantuan di peringkat federal. In fact mb dah kol pm dan pm inform mb perlu hubungi nadma. Tapi nadma sendiri konfius dgn bidang kuasa dia. Mmg perlu la bgtau salah dia. Supaya lain kali nadma alert. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana dia nak buat kerja kalau dia sendiri tak tau apa kerja dia ..
yg dia tau tetiap bulan gaji masuk akaun...
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab kena kat diri sendiri kan.. cuba kalau orang lain yg kena kecam, silap2 dia pun join kecam tu |
|
|
|
|
|
|
|
masa banjir waktu PH jadi KERAjaan malaysia aritu, anwar pergi berbasikal kat new zealand tak bawak wan azizah ke?
kalau anwar tak bawak pon bangkem paham.. ehem2 |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dah mcm hattan pakai mask. Biso bonarrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|