View: 663|Reply: 0
|
IU derma RM700,000 untuk kanak-kanak
[Copy link]
|
|
IU mahu berkongsi perasaan kemesraan dan membantu golongan yang memerlukan.
PELAKON dan penyanyi Korea, IU berkongsi kegembiraan dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan menderma sebanyak 200 juta Won (RM700,000) sempena sambutan Hari Natal kepada ChildFund Korea.
"Ini adalah masa yang sukar dan semua orang keletihan, tetapi saya ingin berkongsi perasaan gembira dan membantu mereka yang memerlukan.
"Saya berharap semua orang dapat menghabiskan musim sejuk tanpa ada seorang pun yang diabaikan," katanya.
Sebahagian daripada sumbangan itu akan digunakan oleh ChildFund Korea bagi pihak keluarga berpendapatan rendah untuk menampung kos perbelanjaan dan mendapatkan pakaian tebal untuk musim sejuk.
Sumbangan itu juga akan disalurkan sebagai biasiswa untuk kanak-kanak dan belia yang dibesarkan oleh datuk dan nenek mereka.
Bukan itu sahaja, wang tersebut turut digunakan oleh Hospital ASAN Seoul untuk membayar rawatan serta pembedahan wanita dan kanak-kanak yang menghidap kanser. -SOOMPI -SOOMPI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|