CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 1

[Pulau Pinang] ZPP salur RM300,000 kepada mangsa banjir

[Copy link]
Post time 25-12-2021 06:06 PM | Show all posts |Read mode
ZPP salur RM300,000 kepada mangsa banjir
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 25 Disember 2021


Para sukarelawan bergambar bersama sebelum bergerak ke Selangor dan Wilayah Persekutuan.


Para sukarelawan bergambar bersama sebelum bergerak ke Selangor dan Wilayah Persekutuan.



BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) memperuntukkan RM300,000 untuk membantu umat Islam yang terkesan akibat musibah banjir besar yang melanda Selangor dan Wilayah Persekutuan baru-baru ini.


Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan melalui Misi Bantuan Banjir yang digerakkan pihaknya bersama agensi lain kepada Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Menurutnya, selain ZPP misi bantuan itu turut melibatkan beberapa agensi lain di bawah MAINPP seperti Wakaf Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) dan masjid-masjid di Pulau Pinang.


"Dalam misi ini, seramai 65 sukarelawan akan bergerak ke kawasan terjejas bagi menyampaikan bantuan dibawa selain membantu membersihkan masjid, sekolah agama, kemudahan awam dan kediaman mangsa yang terjejas.


"Sebanyak 21 kenderaan yang terlibat dalam deligasi ini termasuk sebuah treler yang membawa pelbagai barangan keperluan, dua lori, van dan pacuan empat roda bagi melaksanakan misi yang telah diselaraskan oleh wakil kita di sana," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan Banjir di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di sini pada Sabtu.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali.


Sementara itu, Amran berkata, pihaknya berterima kasih kepada pembayar zakar yang menunaikan tanggungjawab untuk membantu golongan memerlukan.


Beliau berkata, bantuan yang disalurkan ini sebagai manifestasi terhadap mereka yang terjejas supaya dapat memberikan semangat untuk meneruskan kehidupan selepas ini.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... epada-mangsa-banjir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2021 07:29 PM | Show all posts
terbaik.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055082 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list