KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana mengakui sidang media bersama wartawan bagi menjawab isu berhubung sesi Instagram Live yang dibuat lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura, menjadi punca perkara itu tular.
Hal itu diakui Siti Nordiana sendiri ketika menjawab pertanyaan peguam defendan, Nurul Hafidzah Hassan, pada hari kedua perbicaraan kes saman fitnahnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, lapor Kosmo!.
Nurul Hafidzah bertanyakan Siti Nordiana mengenai jumlah rating selepas sidang media pada 23 Julai lalu.
Penyanyi berusia 37 tahun itu juga bersetuju dengan cadangan soalan peguam bahawa sesi IG Live itu tidak tular sebelum sidang media berkenaan.
Hari ini merupakan kali kedua bicara kes saman fitnah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Zulqarnain Hassan.
Mahkamah kemudian menetapkan 3 Januari 2022 untuk sambung bicara.
Siti Nordiana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias, memfailkan saman menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan dan isterinya Nur Sheila, serta Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Turut dinamakan sebagai defenden ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.
Post time 18-12-2021 09:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Laa Nana ni naper jawab gitu..
Bukan ke sbb sesi live tu jadi viral sampai menjejaskan reputasi Nana lalu beliau kena buat sidang media utk jelaskan keadaan?
Post time 18-12-2021 09:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mlm 5 sekawan buat live.. Esok tu kluar kat mstar.. Kluar kat suria fm.. Lps tu youtube.. Baru lah nana buat pc. (lebih kurang mcm tu la.. Ingat lupa plak)..
Tak apa baru soal balas part nana je. Nanti turn 5 sekawan plak. Respek kat nana sbb 5 lwn 1.
Post time 18-12-2021 10:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aiyoo.... Apsal aku rasa mcm Ada vibe peguam2 crita i-tanggang Tu. Mcm peguam nana ni Ada something dgn peguam 5sekawan Tu. Azlan 5sekawan Kan lebih Dari segala segi Dari Azlan nana tu. Aku tak puas hati betul dgn peguam nana Tu. Nana xfaham... Bahasa layman.. apo? Lps Tu ko advise nana utk salahkn diri sendri sbb tak faham. Nana bayar korang utk strategy mcm ni ke. Nampak Sgt mcm tak berapa capable peguam ni sbb mcm side ke 5sekawan. Jd jgn marah nanti kalau ada org kata ko berkomplot dgn peguam 5sekawan yg popular tu. Aku mmg X tengok video Tu sampai habis. Masuk je azlan Dan 5sekawan Tu terus stop dgn xpueh hati Azlan nana salahkan nana pulak.
Post time 18-12-2021 11:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lunchbox replied at 18-12-2021 10:56 AM
Aiyoo.... Apsal aku rasa mcm Ada vibe peguam2 crita i-tanggang Tu. Mcm peguam nana ni Ada something ...
Betul tu chouls.Meols pon rasa mcm dorg gunekan kelurusan Nana untuk menang kes ni.Dorg da tau kelemahan Nana & dorg gunekan untuk fight.plus Nana yg agak blur Ngan soalan yg diberi.X mustahil dorg bole manipulate .perangkap Nana Ngan memacam soalan.Nak Nana menang tu mcm susah tpi tgok la nti ape pengakhirannya.
Post time 18-12-2021 02:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bedahmenjuyah replied at 18-12-2021 01:57 PM
Lunchbox ko loyer ke. Tp dr strategy mmg memerangkap nana jawapan tu. Loyer nana mcm tak prep nana ...
ya kan...sepatutnya nana jawab saya lihat dimstar ke @ berita di website yang famous baru saya perasan ttg live tu..haiyooo..apapun semoga nana menang..Pantang betul kawan baik ngumpat belakang..
Post time 18-12-2021 07:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Rating tak tinggi sbb 5 org tu bukan artis gred A yg popular sgt. Nonetheless, live session tu org boleh record, simpan, gunakan utk burukkan nana pada bila2 masa.