CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 13

Ibu Budak Maut Jatuh Dari Tingkat 16 Kondominium Didakwa Abai Anak

[Copy link]
Post time 15-12-2021 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Selayang – Seorang ibu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak kandung lelakinya yang maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di sini November lalu.


Bagaimanapun tertuduh yang berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.


Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak lelakinya berusia 5 tahun 7 bulan telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak tersebut.




Foto: Kosmo




Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium Jalan Lebuh Raya Selayang-Kepong di sini antara pukul 9.40 pagi hingga 10.48 pagi pada 17 November lalu.


Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar mencadangkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh berserta syarat tambahan yang bersesuaian dengan mahkamah.


Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin itu dengan alasan hanya seorang suri rumah dan tidak mempunyai pendapatan.


“Suami saya hanya bekerja sebagai rider (penghantar), sejak kehilangan arwah anak saya (mangsa) kesihatan saya tidak begitu stabil mohon mahkamah berikan jaminan yang rendah,” kata tertuduh yang turut mempunyai seorang anak berusia empat tahun.


Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Nor Rajiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan selain dilarang menganggu saksi-saksi pendakwaan.


“Jika syarat jaminan itu dilanggar, jaminan dibatalkan,” kata hakim itu.


Mahkamah kemudian menetapkan 13 Januari 2022 untuk sebutan semula kes selain serahan dokumen dan lantikan peguam.


Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, di sini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil yang berada di tepi tingkap yang tidak dipasang jeriji.


Sejurus selepas kejadian Kosmo! Online pada 18 November lalu melaporkan ibu saudara mangsa berusia 36 tahun direman selama tujuh hari


Ibu saudara mangsa direman ketika itu bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa yang maut terjatuh dari tingkat 16 di kondominium tersebut. –CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang mak sedara jaga ni, bukan ke mak arwah budak ni nak kawin beberapa hari sebelum arwah jatuh?
Ada 2 kes  budak jatuh kan , hari yg dekat2
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 12:47 PM | Show all posts
OK good.

Lebih penting jangan paksa seluruh kondominium satu malaysia pasang grill.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus...biar takut sikit ibu bapa lain tu kasi beringat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 01:11 PM | Show all posts
Apek Madu Tiga kata "Hidup susah, mati pun susah".
Realiti hari ini, ada anak susah tak ade anak pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa ni 1st case mak bapak didakwa cuai sampai anak jatuh kan? Correct me if am wrong.kes budak ditinggal dalam kereta bila lagi nk dakwa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kes dera anak sampai mati lg ringan kn hukuman dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 02:20 PM | Show all posts
Edited by jahcomel at 15-12-2021 02:22 PM
asfaz replied at 15-12-2021 12:39 PM
Yang mak sedara jaga ni, bukan ke mak arwah budak ni nak kawin beberapa hari sebelum arwah jatuh?
A ...

nih y sy jupe kt fb ade netizen komen



Noor Ain Osman Kes ni yg mak dia keluar dgn tunang Kan..tgl anak kt kakak dia yg ade rekod dadah.. mgkin lama sgt keluar kot.. kesian kt anak,dia nk mk dia tp mak xde..kalau perati sekeliling jenazah anak dia, penuh bantal selimut..maksudnya anak dh lama main kt tingkap Tu..jiran2 bwh nmpk selimut berterbangan jatuh setengah jam sblm kejadian..xde org perati n Jaga. mak dia sibuk nk kawen baru masa Tu..lps bpe Hari anak meninggal baru mak dia kawen..kalau betul la kes ni..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 15-12-2021 02:20 PM
nih y sy jupe kt fb ade netizen komen



Oh mak dia kawen juga la igt time tu dah kena tahan reman.
Kakak dia yg mendadah tu tak kena tahan ke?
Ramai org komen kat fb kesian dan tak patut katanya tp kalau dh tinggalkan dgn kakak yg mat pet mmg la boley dikatakan cuai.
Apa je yg boleh diharapkan dgn kaki khayal ni silap2 anak kita disembelihnya sbb halusinasi nampak mcm ayam bagai
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 03:41 PM | Show all posts
ceh pasal keluar berdating dengan tunang rupanya, sampai lupa nak balik tengok anak sendiri. memang patut lah kena dakwaan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 03:49 PM | Show all posts
ELOK SGT!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus sgt. bagi pengajaran.
xtahu pula dia masih teruskan plan kawen
dasyat gak
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai pengajaran.....jgn ambik mudah
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 15-12-2021 03:20 PM
nih y sy jupe kt fb ade netizen komen



Anak baru meninggal pun kawin gak??  Woww.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.069837 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list