CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 560|Reply: 0

[Terengganu] Amaran hujan berterusan di negeri Pantai Timur

[Copy link]
Post time 13-12-2021 04:20 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) dengan jangkaan hujan berterusan di beberapa negeri terutama di Pantai Timur.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, berkata sistem cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan barat Sarawak dijangka bergerak ke arah barat menghampiri kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang 15 Disember ini.

Katanya, sistem itu dijangka merentasi kawasan utara Semenanjung menuju ke Laut Andaman pada 17 Disember ini.

"Keadaan ini menyebabkan peningkatan kelembapan dan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan di Pantai Timur serta risiko kenaikan paras laut.

"Sehubungan dengan itu, amaran WASPADA sehingga 14 Disember dikeluarkan untuk kawasan Pahang (Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, angin bertiup dari arah Timur Laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di beberapa kawasan terbabit.

"Bagi Terengganu dan Pahang (Kuantan dan Pekan) amaran WASPADA akan berkuat kuasa sehingga Khamis ini manakala Kelantan dan Jerantut dijangka mengalami cuaca hujan berterusan sehingga Rabu ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27891 Replies : 772
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 12064 Replies : 193
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25662 Replies : 178
Cari Forum dah carum ke dekkkk?
stingerkentotCari Forum dah carum ke dekkkk?
Views : 2409 Replies : 10
Demi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepas Buat Bariatrik tetapi kiciwa suami curang dengan perempuan gemuk lain dan diceraikan.
YgBenarDemi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepa
Views : 4205 Replies : 68
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 1443 Replies : 4
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 1313 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055525 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list