CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 6

Busana songket Erra, Lisa tular sbb songket ke Yusri?

[Copy link]
Post time 12-12-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode

ANNGUN. Penampilan Erra Fazira dan Lisa Surihani pada malam FFM31 begitu mempesona.

Busana songket Erra, Lisa curi tumpuan

PETALING JAYA – Penampilan dua selebriti popular Erra Fazira dan Datin Lisa Surihani sebagai penyampai anugerah pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) malam tadi mendapat pujian netizen apabila kedua-duanya tampil dengan berpakaian tradisional songket.

Dalam acara tersebut, Erra dan Lisa tampil dalam persalinan songket berona biru gelap dan kelabu sekali gus menyerlahkan pesona kesopanan dan keanggunan milik dua primadona filem tersebut.

Difahamkan, Erra atau nama lengkapnya Fazera Wan Chek menggayakan busana songket dengan potongan moden daripada butik Lumiere Concept.

Manakala Lisa pula menggayakan baju kurung songket lengkap berselendang sentuhan pereka fesyen duo terkenal, Rizman Ruzaini.

Menjengah komen yang ditinggalkan netizen dalam Instagram, rata-rata kagum dengan pemilihan pakaian kedua-dua pelakon itu kerana mengangkat budaya serta nilai tradisi apabila mengenakan busana daripada songket.

Malah, ada juga berpendapat anugerah berprestij seperti FFM wajah mengetengahkan konsep tradisional pada tema pakaian.

“Sepatutnya setiap apa anugerah perlu diterapkan pakai pakaian tradisional,” kata seorang pengguna Instagram.

Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat bahawa seseorang selebriti itu tidak perlu untuk tampil dengan imej seksi kerana pakaian tradisional juga boleh menyerlahkan aura mereka.

“Punyalah cantik dengan busana tradisional. Tidak perlu seksi, pakai songket pun dan cukup seksi,” kata seorang netizen.

“Kedua-duanya cantik. Suka tengok pakaian Erra dan Lisa menggayakan songket,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Sekadar info, FFM31 yang berlangsung malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyaksikan filem Roh arahan pengarah Emir Ezwan menggondol anugerah Filem Terbaik FFM31 sekali gus melayakkan naskhah dibintangi June Lojong, Farah Ahmad dan Nam Rom itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Dihoskan oleh Awal Ashaari dan Sharifah Shahira, penganjuran FFM31 diadakan dengan penerapan norma baharu dalam meminimumkan risiko keselamatan dan mengekang penularan pandemik Covid-19. – K! ONLINE



Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... -lisa-curi-tumpuan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mane gambo
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo. Baru nampak gambo. Lawonyeew
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh kayo pakcik nam ron dpt dana 500k
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 09:05 AM | Show all posts
Suka baju songket lisa cantik..  Yg erra punya xberapa bagi aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 02:12 PM | Show all posts
Baguslah ada usaha nak ketengahkan busana tradisi semula lagi pun sesuai untuk acara macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya lalisa lalisa lalisa ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.125320 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list