CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1014|Reply: 1

PABM teruja kejayaan Aniq

[Copy link]
Post time 11-12-2021 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat bersyukur dengan kejayaan diraih Mohamad Aniq Kasdan di Kejohanan Angkat Berat Dunia di Uzbekistan.

Menurutnya, apa yang diraih Aniq berlandaskan perancangan ditetapkan PABM dan berharap dapat diikuti oleh dua lagi atlet angkat berat negara.

"Kita akan memberikan kesimpulan keseluruhan selepas dua lagi atlet beraksi (malam ini dan esok). Apa yang ada sekarang membuatkan kami sangat bersyukur di atas kecemerlangan itu," katanya.

Ayub berkata, mereka memang menjangkakan dari awal di atas kejayaan Aniq untuk melayakkan diri ke Sukan Komanwel 2022, namun meraih pingat di Kejohanan Dunia adalah sesuatu yang mengujakan.

"Kalau dari sudut kelayakan Komanwel memang jangka kerana di atas kertas mempunyai kelebihan, tapi untuk Kejohanan Dunia Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa kali pertama meraih perak memang tidak jangka dan membuatkan kami teruja.

"Pada masa sama kami rasa bersyukur kerana belum pernah atlet Malaysia meraih pingat di Kejohanan Dunia," katanya.

Beraksi dalam kategori 55 kilogram (kg), Aniq berjaya memenangi pingat perak dalam kategori clean and jerk di Kejohanan Dunia dan meraih emas di Kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang berlangsung serentak.

Ditanya sama ada kejayaan itu sedikit meredakan isu doping yang melanda atlet mereka sejak kebelakangan ini, Ayub mengakui PABM sentiasa positif mengenai apa yang berlaku.

"Sememangnya kita mengalu-alukan pengawasan dan pemantauan ketat. Adakalanya Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) membuat 'spot check' secara berkala. Kalau ada kejohanan pun kita akan panggil (Adamas), kita hendak hapus terus (masalah doping).

"Walaupun pengawasan berlaku secara berterusan memang ada satu atau dua tersangkut, sebab itu kita melakukan secara berkala dan sentiasa pandang positif untuk masa depan sukan ini," katanya.

Cabaran Malaysia di Kejohanan Dunia dan Kelayakan Sukan Komanwel akan diteruskan dua lagi atlet negara, Muhamad Aznil Bidin dan Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat dalam kategori 61kg dan 72kg.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eruja-kejayaan-aniq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2021 07:06 AM | Show all posts

ANIQ (tengah) memenangi pingat emas Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel kategori 55kg. - FOTO PABM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.152126 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list