CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3593|Reply: 51

Bakal Guru Tertekan Peraturan IPG Tak Masuk Akal- Tak Boleh Beli Makanan Luar, Peralatan Uzur

[Copy link]
Post time 10-12-2021 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Sekumpulan bakal pendidik di sebuah institusi pendidikan awam di Masjid Tanah, Melaka mendakwa tidak berpuas hati dengan peraturan tidak munasabah yang ditetapkan pihak pengurusan kampus tersebut dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.


Dakwa seorang daripada pelajar di kampus tersebut di media sosial, pihak pengurusan institusi itu telah mengeluarkan larangan bagi mengekang pelajar membuat tempahan makanan dalam talian melainkan tempahan di restoran makanan segera.


Pelajar di maktab berkenaan turut mendakwa ibu bapa yang berhasrat menghantar makanan kepada anak-anak di situ juga dilarang berbuat demikian, atas alasan bimbang berlakunya jangkitan COVID-19 ke dalam kampus.




Foto: Awani




“Kami faham dengan situasi pandemik yang melanda ketika ini, namun langkah pencegahan harus diambil dengan teliti tetapi tindakan pihak pengurusan ini membebankan kami.


“Pilihan yang diberikan pihak pengurusan tidak munasabah untuk kami yang masih bergelar pelajar, misalnya, hanya membenarkan tempahan makanan dalam talian untuk makanan segera dan semua sedia maklum bukan semua berkemampuan untuk membeli makanan restoran makanan segera.


“Pihak pengurusan juga tidak membenarkan ibu bapa untuk menghantar makanan ke sini, atas alasan menggelakkan berlakunya jangkitan COVID-19,” kata pelajar yang tidak mahu identitinya didedahkan untuk siaran ini.


Dakwa pelajar itu lagi, pilihan yang ditawarkan pihak pengurusan kampus itu kepada semua pelajar di situ adalah membeli makanan di kafeteria yang disediakan.




Kuantiti makanan yang sedikit, harga makanan yang mengelirukan, serta masalah kebersihan makanan yang terpaksa dihadapi pelajar




Bagaimanapun katanya, harga makanan yang dijual di kafeteria tersebut agak mahal malah tidak setimpal dengan kuantitinya yang sangat sedikit.


Dalam pada itu, seorang lagi pelajar di institusi yang sama mendedahkan, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP) untuk dibawakan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar.


Namun, sehingga hari ini tiada sebarang tindakan lanjut diambil.


Situasi yang melanda institusi tersebut telah mendapat perhatian umum selepas seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Pedoqpop" membuat ciapan berhubung isu yang disuarakan oleh para pelajar di kampus tersebut.







Setakat ini, ciapan yang mendapat perhatian netizen itu memperoleh 2,907 tanda suka dan 3,343 berkongsi semula status tersebut di akaun media sosial masing-masing sehingga tengah hari Khamis.


Dalam perkembangan sama, kemudahan asas yang terdapat di institusi tersebut juga uzur tanpa sebarang pembaikan bagi kegunaan para pelajar.


“Kami harap sangat dua perkara ini mendapat perhatian pihak bertanggungjawab terutamanya Kementerian Pendidikan dan kami harap tiada mana-mana pihak yang salah anggap dengan aduan kami ini,” tambahnya.








Sementara itu, pihak pengurusan institusi tersebut ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis berkata, pihaknya enggan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan akan membuat laporan ke peringkat pusat terlebih dahulu.


Dalam masa sama, usaha mendapatkan reaksi daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga sedang dilakukan hingga kini. -CARI


Sumber: Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
peruntukan dah habis buat election haritu.. skarang semua kena viral je baru ada action kot..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:33 AM | Show all posts
hahahaha
jgn biasa byk komplen dik... nanti dah  posting semua serba tak kena.. komplen lagi kat socmed.
tak nak jadik cikgu jgn masuk IPG.
maklum ler dulu kerja swasta gaji ribu riban.. jd boss.. report pun ada akak kerani yg buatkan..
nanti posting ke sekolah naik tingkat 4 tkde lif dik oii
tumit tinggi tu ko kutip dengan tangan je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:38 AM | Show all posts
kana biasakan bah diri tu nanti kalo ko diposting ke borneo ato ke tempat urang darat tatap bah kalau ko dapat sekolah yang nyaman.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:40 AM | Show all posts
Layak scrap buang dahh. Tp gomen xdak bajet dh abeh byq gaji buta muntri2. Hadap je la dikk
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:40 AM | Show all posts

hanya membenarkan tempahan makanan dalam talian untuk makanan segera dan semua sedia maklum bukan semua berkemampuan untuk membeli makanan restoran makanan segera.


x semuanya mampu beli makanan segera..dah tu..makan je la apa yg ada kat kafe tu.. beli kat luar pun mahal kalau guna grab/panda dik oi.. kitorang yang kertu dah masuk u berzaman dari kau ni pun tak mampu beli makan segera dulu dik.. makan la kat kafe hostel. kesian kawan ko dah kurus? eh..ko nak menimba ilmu ke nak makan? masa ni la ko nak merasa kurus, sok dah kerja, dah kawin dah gemuk, masa tu terhegeh2 nak buat keto la, if la, makan pil kurus sana sini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2021 10:41 AM | Show all posts
mampos aku kena kecam satgi...lol!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:41 AM | Show all posts
untung la dik dpt masuk ipg, ingat senang ke
pihak ipg dah bincang elok2 sebelum buat sop tu
KMB pun sop yg sama, takde pulak student merempan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 zaman sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa dpn geng2 ni gak dok komplen pasal kena posting kat ujung dunia
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemudahan asas uzur katanya.

Budak2 ni cer pi tengok betapa sendu kolej2 lama kat UM tu. Bilik kecik untuk 2 orang, disumbat 3 orang tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Blom posting kt borneo..dh pandai komplen mcm2..sedihhhhhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Melaka bukan ada satu ja ke IPG..kat Durian Daun..bangunan memang uzur pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
tak nmpk la masalah besar mana bebdk ni. bab makan tu skrg byk alternatif nak murah mahai tgl kreatif je dek.lgpun makan sekadar utk alas perut je la bkn smpai membadak kenyang buntal.masa ni la merasa slim melim pun nati korang keje setahun jadi size xxxxl
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 11:33 AM | Show all posts
kucingitam replied at 10-12-2021 10:40 AM
x semuanya mampu beli makanan segera..dah tu..makan je la apa yg ada kat kafe tu.. beli kat luar  ...

Dulu aku masuk U badan montel, dok hostel dengan makan xcukup, assignment banyak. Bila cuti semester balik kampung, mak aku paling terkejut tengok anaknya yang kurus kering.
Dulu mana ada foodpanda jadah semua, 1 dorm aku sorang je de hp philips twist. Tibe.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapikan kan...ikut pengalaman meols jadi student masa umur 18 dan masa umo 34. Mmg dpt lihat la perbezaan keperluan hidup dan permikiran. Bdk yg lahir awal 90an miskin mcmana pon masa kt uni. Smartfon adalah 1 keperluan. Duit xde utk mkn xpe..janji duit topap kene ada. Lg 1..tak boleh minum air masak ..kene mineral water saja. Sbb x biasa dgn ' bau dan rasa' selain dari mineral water dari botol.
Nampak mcm herm...tp nak buat mcmana..dah era dorg lahir dah mcm2 kemudahan dorg alami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli je la apa yg ada kat cafe tu. Asyik fikir bab mkn aje sbb tu msia tangga ke atas bab obese
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 iols terfikir yg complen ni mcm dtg dri keluarga senang tapi hadap kerajaan punye U .. cam tu la adik oii kerajaan punye facility nama pun kerajaan bayar murah dri swasta .. if rasa nak selesa bolh pi swasta .. kalo rasa x mampu hadap je la universiti kerajaan dik pelik2 zaman skang nie ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 10-12-2021 10:33 AM
hahahaha
jgn biasa byk komplen dik... nanti dah  posting semua serba tak kena.. komplen lagi kat soc ...

Ada ke bos swasta mintak jadi cikgu sis?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tringt group waris MRSM kt 1tempat ni kakak aku. baca group tu ya ampun mak pak dalam tu  gila2 pnya kaw2. terlebih mampu tp hantar anak masuk skolah gomen pastu nak mcm2. soalan dlm group tu yg aku baca "kat situ ada SR tak anak i tak makan kek kat kedai biasa". aku rasa ya ampunnnnnnnnnn. hasilnyaaaa mcm budak2 ni la haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.075472 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list