CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2632|Reply: 27

Mati Kurang Daripada Seminit, Switzerland Luluskan Penggunaan Kapsul Bunuh Diri

[Copy link]
Post time 9-12-2021 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Zurich: Kapsul berbentuk keranda yang membolehkan penghuni menamatkan riwayat sendiri, lulus semakan undang-undang di Switzerland, menurut penciptanya.


Mesin Sarco yang boleh dikendalikan daripada dalam, berfungsi mengurangkan paras oksigen di dalam pod hingga ke paras kritikal.


Proses itu dikatakan mengambil masa kurang seminit dan kematian berlaku melalui hypoxia dan hypocapnia untuk membolehkan individu menikmati kematian tenang, tanpa kesakitan.




Mesin Sarco boleh dikendalikan daripada dalam, berfungsi mengurangkan paras oksigen di dalam pod hingga ke paras kritikal.




Bunuh diri dengan bantuan peralatan adalah sah di Switzerland dan kira-kira 1,300 orang menggunakan prosedur eutanasia daripada perkhidmatan organisasi Dignitas dan Exit International tahun lalu.


Sarco, singkatan untuk sarcophagus direka khas bagi memudahkan ia bergerak ke tempat diinginkan pengguna dan kapsul daripada bahan terbiodegrasikan boleh ditanggalkan untuk berfungsi sebagai keranda.


Pencipta pod itu, Dr Philip Nitschke yang mendapat jolokan Dr Kematian menerima tentangan daripada pihak antieutanasia, sebahagiannya kerana kaedah yang digunakan.


"Gas mungkin tidak diterima sebagai kaedah membantu orang membunuh diri di Eropah susulan konotasi negatif Holocaust," katanya dalam temubual dengan Independent sebelum ini.


Penciptaan mesin itu juga menerima kritikan kerana reka bentuk futuristiknya yang dianggap sesetengah pihak sebagai kaedah membunuh diri glamor, selain virtual realiti (VR) yang membolehkan orang ramai 'menikmati kematian maya mereka sendiri'.


Pengalaman VR itu dipaparkan di gereja Westerkerk di Amsterdam pada Ekspo Pengebumian sebelum ini yang menimbulkan kebimbangan kepada lembaga gereja.


"Westerkerk tidak akan sekali-kali menyokong orang ramai dengan menawarkan peralatan seperti yang dipromosikan Dr Nitschke dan kami tertanya-tanya sama ada ini menyumbang kepada perbincangan lanjut isu ini.


"Kami tidak akan dan tidak boleh menyokong sebarang cadangan penggunaan alatan ini," kata Presiden Lembaga Gereja Westerkerk, Jeroen Kramer.


Hanya dua prototaip Sarco yang wujud ketika ini tetapi Exit International sedang mencipta mesin ketiga yang diharap dapat beroperasi di Switzerland. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 10:40 AM | Show all posts
ada jgk mcm ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak mati pun jadi senang
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:47 AM | Show all posts
boleh muat van kot...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:56 AM | Show all posts
Proses itu dikatakan mengambil masa kurang seminit dan kematian berlaku melalui hypoxia dan hypocapnia untuk membolehkan individu menikmati kematian tenang, tanpa kesakitan.


mana dia tau.. dia pun tak cuba. org yg dah mati pun xleh nak bgtahu.
nabi pun dah bgtahu masa sakaratulmaut rasa sakit macam ditusuk 300 pedang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 9-12-2021 10:56 AM
mana dia tau.. dia pun tak cuba. org yg dah mati pun xleh nak bgtahu.
nabi pun dah bgtahu masa sa ...

Kalau tgk org yg mati sbb covid ni blh tau la mcm mana kot...
Mati tenang tu maksudnya tak de la perit mcm ko kena kanser, tikam or tembak kot..org yg tgk  pun rasa ngeri..
Cer tanya doktor nurse yg biasa tgk org mati sbb covid ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
#JgnTerjunJambatanP.PinangLagi.............
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:07 AM | Show all posts
ninjago replied at 9-12-2021 10:56 AM
mana dia tau.. dia pun tak cuba. org yg dah mati pun xleh nak bgtahu.
nabi pun dah bgtahu masa sa ...

sama ja yang kata sakit tu pun belum pernah mati dek
so terserah nak percaya yang mana


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 11:17 AM | Show all posts
diorg percaya mati itu lebih mudah dari hidup
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:17 AM | Show all posts
Edited by cik_sssara at 9-12-2021 11:24 AM

Pernah baca satu novel ni ada selit pasal mematikan diri dekat Geneva. The guy who wants to die need take the lethal dose by himself. Orang lain takboleh tolong bagi/suapkan.
Mula2 anti-emetic dose, then lethal barbiturate larut dalam air so can drink with straw by himself walaupun lumpuh.

Lupa tajuk buku tu apa, yang pasti bukan me before you.


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:31 AM | Show all posts
jepun pasti membeli mesin ini...apa2 pun, mungkin ada kebaikannnya kerana bilangan manusia semakin bertambah di dunia...covid ni mcm thanos, menghapuskan jumlah manusia di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:06 PM | Show all posts
I'm alright with assisted suicide. Contoh dh bedridden,face with terminal diagnosis, ko punya situations unbearable, ongoing tanpa possibilities utk sembuh, instead of being complications atau burden kt family i pilih mati ja.  Itu pon kalo ada fatwa yg bolehkn assisted death. Kalo xdak hg tkelip2 ja la tggu malaikat maut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda la lagi mall kita berhantu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 9-12-2021 11:07 AM
sama ja yang kata sakit tu pun belum pernah mati dek
so terserah nak percaya yang mana

So, nko tak percaya ke nabi cakap pasal kesakitan masa nak mati? Atau nko pikir macam ala2 pondan ateis lgbt?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:14 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 9-12-2021 12:06 PM
I'm alright with assisted suicide. Contoh dh bedridden,face with terminal diagnosis, ko punya situat ...

Kan. Dari hidup pun susahkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Manfaat kalau diri tu mati lebih menyenangkan banyak pihak, why not.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:14 PM | Show all posts
teringat filem me before you...sedih bila dia ambil keputusan untuk end up life camtu...hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 9-12-2021 10:56 AM
mana dia tau.. dia pun tak cuba. org yg dah mati pun xleh nak bgtahu.
nabi pun dah bgtahu masa sa ...

Memang tak dapat diketahui kecuali pernah melaluinya. Ada satu documentary dulu berkenaan research untuk kematian yang paling berperikemanusiaan untuk dijadikan kaedah hukuman mati yang disyorkan kepada negara2 yang jalankan hukuman mati.

Dalam research tu, ada volunteers yang sanggup melalui hypoxia ni sampai tahap hampir mati sebelum diberi bantuan oksigen. Subjek research tu duduk dalam bilik kecil yang dipantau serba serbi. Oksigen perlahan2 digantikan dengan nitrogen.

Subjek diperhatikan kelihatan gembira dan semakin confident bercakap itu dan ini walaupun sebenarnya pertuturannya dah jadi bercelaru dan tak berbutir. Lepas subjek pulih kembali, mereka kata mereka diselubungi perasaan gembira dan amat yakin dan tidak rasa sakit walaupun lepas pengsan sebelum dipulihkan.

Ada juga kes lain yang orang dah mati lepas hypoxia tapi dapat revive balik. Mereka juga laporkan benda yang sama.

Kalau dilihat dari sudut sakaratul maut mungkin mereka ini belum sampai ke tahap itu. Tetapi itulah dapatan yang ada setakat ini dan mungkin kerajaan Swiss mengambil dapatan tersebut sebagai basis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:31 PM | Show all posts
Eloklah tu tak perlu nak kena kutip bawah bangunan atas jalanraya dalam sungai, tasik, laut, atas pokok, dalam hutan etc etc etc
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 8-12-2021 08:39 PM

Jika kita boleh rasa kesakitan pesakit yang minta untuk di mati kan...mungkin comment akan ber beza.... Yang gigih bagi moral support suruh ber sabar depa tidak berada di tempat mereka.... Yang ber agama islam juga ada yang tidak tahan sakit minta tuhan ambil nyawa... Sebang tidak sanggup hadapi kesakitan.... Acik acik brainwash lah depa seperti kena stab 300 swords pun masing depa tidak tahan kesakitan every sec and min for long time... Burden family lagi walaupun family willing untuk jaga.... Orang begini tidak penting diri sendiri... Sebab yang sihat perlu kan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
knp nk mati kalau blh hidup
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.289095 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list