CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 923|Reply: 8

[Sarawak] [ POLITIK ] Manifesto PRN Sarawak -12

[Copy link]
Post time 8-12-2021 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 8-12-2021 10:26 PM
PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini melancarkan manifesto pilihan raya yang menjanjikan perubahan radikal sekiranya parti itu berkuasa.

Perkara-perkara penting bagi dokumen bertajuk "Sudah tiba masanya untuk tukar" itu adalah seperti berikut:

Pendidikan di Sarawak akan diuruskan secara autonomi untuk memenuhi "keperluan dan aspirasi" rakyat Sarawak. Sesetengah sekolah bantuan bukan kerajaan akan menerima pembiayaan kerajaan.

Pilihan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran akan diberi jaminan.

Dana kekayaan negara

PSB mahu mewujudkan dana kekayaan negara berjumlah RM100 bilion daripada pendapatan minyak dan gas serta pesisirnya.

Tanah pegangan bebas

Dasar kerajaan Sarawak pada masa ini tidak memberikan jaminan pemilikan tanah.

Lazimnya, hakmilik tanah kediaman baru adalah dengan pajakan selama 60 tahun atau 90 tahun.

PSB mahu menukar semua hakmilik tanah kediaman daripada pajakan kepada pegangan bebas.

Semua Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) akan dikeluarkan hakmilik tanah selama-lamanya.

Pilihan raya kerajaan tempatan

PSB menjanjikan lebih 50 peratus ahli majlis perbandaran dan luar bandar akan dipilih oleh penduduk masing-masing.

Penghutanan semula

PSB berikrar untuk penghutanan semula tanah seluas 1 juta hektar.

Geran perumahan untuk golongan miskin

PSB menjanjikan RM50,000 untuk setiap isi rumah miskin membina rumah panjang/rumah baru atau RM20,000 bagi membaiki kediaman sedia ada.

Pembiayaan bersama untuk pembeli rumah kali pertama

PSB berjanji untuk membiayai bersama pinjaman perumahan, sehingga RM200,000, untuk pembeli rumah kali pertama.

Insentif penggajian

Majikan akan ditawarkan insentif RM6,000 setahun untuk menggaji rakyat Sarawak.

Pemberian wang tunai

Bantuan penjagaan kanak-kanak RM200 sebulan untuk setiap kanak-kanak di bawah umur 3 tahun.

RM300 sebulan untuk setiap kanak-kanak berumur antara 3 hingga 5 tahun.

RM500 sebulan untuk setiap kanak-kanak di atas 5 tahun tetapi di bawah 18 tahun.

Iktiraf anak-anak dari perkahwinan campur

Anak-anak hasil perkahwinan campur antara Orang Asal dan bukan Orang Asal akan diiktiraf sebagai Orang Asal.


Sarawak sebagai 'negeri model sekular'

PSB mahu menubuhkan Suruhanjaya Keharmonian Agama bagi memastikan kebebasan beragama diamalkan di Sarawak.

Ia juga berjanji untuk memastikan pembiayaan awam bagi semua agama yang diiktiraf di negeri ini.

Parti itu juga berjanji memisahkan undang-undang syariah daripada sistem perundangan sivil.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2021 01:55 PM | Show all posts
indah nya bulan dan bintang tapi kena sentiasa ingat manipesto bukan KITAB





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2021 01:59 PM | Show all posts
WoW...

Iktiraf anak-anak dari perkahwinan campur

Anak-anak hasil perkahwinan campur antara Orang Asal dan bukan Orang Asal akan diiktiraf sebagai Orang Asal.

kenapa nak buat manipesto camni...? Bukan Orang Asal...? Dah berangan penuhi Sarawak ni dengan bangsa sendiri ...?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2021 10:32 PM | Show all posts
Gabungan Parti Sarawak (GPS) malam ini secara rasmi melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

Mengumumkan manifesto tersebut, pengerusinya, Tan Sri Abang Johari menegaskan 34 Manifesto GPS adalah sangat komprehensif, yang akan memperjuangkan hak Sarawak, menjamin hak rakyat, menjaga kebajikan rakyat serta membangunkan masa depan negeri itu.

Berikut 34 manifesto GPS:

(1) Menjamin kestabilan dan autonomi politik Sarawak.

(2) Mempertahan dan membela hak-hak Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), perlembagaan negeri Sarawak dan undang-undang Negeri Sarawak.

(3) Menjamin hak kesaksamaan yang inklusif untuk semua rakyat Sarawak.

(4) Mengiktiraf dan menjamin hak rakyat ke atas tanah Native Customary Right (NCR) dan Native Territorial Domain (NTD).

(5) Menjadikan Sarawak maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

(6) Merapatkan jurang pendapatan rakyat melalui pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan.

(7) Membasmi kemiskinan bandar dan luar bandar.

(8) Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik, skim Pembesaran Kampung (SPK), Skim Penempatan Semula (SPS), bantuan pembinaan dan baik pulih rumah panjang.

(9) Memacu pembangunan ekonomi Sarawak melalui agenda ekonomi digital.

(10) Memperkasakan usaha melindungi dan memulihara alam semula jadi.

(11) Meningkatkan pendapatan dan sumber hasil Sarawak.

(12) Memperhebatkan jaringan jalan perhubungan, pengangkutan, pelabuhan dan lapangan terbang.

(13) Memperluaskan liputan bekalan air, elektrik dan gas.

(14) Memperluaskan liputan telekomunikasi dan kemudahan digital.

(15) Mentransformasikan pembangunan ekonomi luar bandar.

(16) Merancakkan pembangunan bandar sejahtera dan pintar.

(17) Mentransformasikan dan memacu sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

(18) Membangun sektor perindustrian dan pelaburan.

(19) Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

(20) Memperhebatkan sektor pelancongan dan perkhidmatan.

(21) Memperkasakan perkhidmatan kerajaan yang berteraskan kepada integriti dan tadbir urus yang baik.

(22) Meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan.

(23) Meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan teknikal.

(24) Menjamin keselamatan negeri dan rakyat.

(25) Meningkatkan kecekapan pengurusan bencana.

(26) Mengukuhkan keharmonian dan kesejahteraan sosial.

(27) Menjamin dan memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum.

(28) Memperkukuhkan mahkamah adat bumiputera.

(29) Membantu dan mempercepatkan anak Sarawak yang layak untuk mendapatkan kerakyatan.

(30) Menjaga dan memelihara kebajikan rakyat.

(31) Memperkasakan penglibatan wanita dalam pembangunan Sarawak.

(32) Mempertingkatkan penyertaan belia dalam pembangunan Sarawak.

(33) Memperhebatkan bidang sukan.

(34). Menubuhkan ‘Sovereign Fund’ untuk kewangan masa depan.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2021 10:41 PM | Show all posts
GPS manifesto "selamat" ... tiada janji keterlaluan ...
cuma ...
harap ini bukan hanya mimpi ...

(5) Menjadikan Sarawak maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2021 11:03 PM | Show all posts
hurm ...

(33) Memperhebatkan bidang sukan




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2021 06:26 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-12-2021 02:41 PM
GPS manifesto "selamat" ... tiada janji keterlaluan ...
cuma ...
harap ini bukan hanya mimpi ...

InshaAllah..

yang ditunggu2 sebenarnya anak2 Sarawak skrg ni
1.  Peluang pekerjaan
2.  Turunkan harga rumah
ramai dah yang tak mampu nak beli rmh skrg ni.  kalo kat Bintulu ni rumah semua dah 500K ke atas.
3.  Kos sara hidup mahal


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2021 06:13 PM | Show all posts
Vellfire replied at 9-12-2021 06:26 PM
InshaAllah..

yang ditunggu2 sebenarnya anak2 Sarawak skrg ni
Kapit tuk walaupun d ulu ... rega rumah nang melambung dah deng ...
sik tauk la mun 10tahun gik... jeraya direct ke Sibu ... berebut cdak cina meli rumah ctuk...
potensi besar


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 08:50 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-12-2021 10:13 AM
Kapit tuk walaupun d ulu ... rega rumah nang melambung dah deng ...
sik tauk la mun 10tahun gik...  ...

10 BANDAR DI MALAYSIA DENGAN KOS SARA HIDUP TINGGI. PENANG NOMBOR 1 !!!

1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka atau Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru

Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysia Insider, berikut merupakan 10 tempat atau bandar yang mempunyai kos sara hidup paling mahal. Perkara yang dikaji bagi menentukan kedudukan kos sara hidup bandar-bandar ini ialah dari segi harga barangan keperluan harian dan juga keperluan pendapatan minima untukhidup selesa. Barangan keperluan yang diambil kira adalah seperti ayam dan sayuran. Tambahan pula, dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang itu mestilah mempunyai gaji sekurang-kurangnya RM4 000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

Ianya dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut seiring dengan Pulau Pinang ialah bandar perindustrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu. Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Berkemungkinan itulah salah satu sebab ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.

Tambahan pula, mungkin ini juga merupakan punca kepada kesesakan apabila berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke ‘Pulau Mutiara’ itu.

Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7 di Kuala Lumpur dan RM6.50 di Klang. Selain itu, Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung Tokong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun, kadarnya lebih rendah di kawasan Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperoeh sekitar RM500 sebulan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.093710 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list