CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1936|Reply: 36

Bung Moktar Minta Komisen RM3.5 Juta Daripada Ejen Pelaburan

  [Copy link]
Post time 7-12-2021 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Datuk Seri Bung Moktar Radin pernah meminta komisen RM3.5 juta daripada seorang ejen pelaburan sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.


Ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 43, berkata, Ahli Parlimen Kinabatangan itu meminta komisen tersebut dalam satu pertemuan di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 4 Mei 2015.


Butiran tersebut yang terkandung dalam rakaman percakapannya ketika disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah Bung Moktar, bagaimanapun bercanggah dengan keterangan lisannya di mahkamah minggu lalu.


Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-24 itu memberi keterangan bahawa dalam pertemuan tersebut Bung Moktar tidak meminta komisen RM3.5 juta, sebaliknya beliau sendiri (Madhi) bersetuju agar wang RM2.2 juta diberikan kepada isteri tertuduh, Datin Seri Zizie Izette A. Samad sebagai wang pengenalan.




Foto: Utusan Online




Madhi turut menafikan wang RM2.2 juta yang dibayar kepada Zizie Izette adalah sebenarnya untuk Ahli Parlimen Kinabatangan itu.


Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menyoal balas saksi itu yang dianggap sebagai saksi belot (hostile witness) berikutan keterangannya di mahkamah bercanggah dengan rakaman percakapan semasa disoal siasat SPRM.




Terdahulu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Madhi menyatakan pihaknya memberikan empat percakapan pada 2016 iaitu pada 13 Julai, 14 Julai, 25 Julai dan 14 Oktober manakala rakaman terakhir diberikan hampir lima tahun kemudian iaitu pada 4 Februari lalu.


Ketika diasak secara bertubi-tubi oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Sophian Zakaria, saksi berkenaan mengaku wujud percanggahan yang sangat material di antara keterangannya di mahkamah dengan empat percakapan yang diberikan kepada pihak SPRM pada tahun 2016.


“Saya memberikan versi yang berbeza kerana `ingat-ingat lupa’ selain tertekan ketika sesi soal siasat pada tahun 2016, namun saya berasa amat lega dan tidak lagi takut ketika memberi percakapan terakhir pada Februari lalu,” ujar ejen pelaburan itu.


Menurut Madhi, selepas tempoh hampir lima tahun, beliau baru mempunyai kekuatan untuk mengubah percakapan yang diberikannya sebelum ini.


Pendakwa: Saya katakan, rakaman percakapan terakhir pada 4 Februari lalu adalah rekaan kamu semata-mata?


Saksi: Tidak setuju.


Pendakwa: Percakapan itu hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk menyelamatkan kedua-dua tertuduh?


Saksi: Tidak setuju.


Pendakwa: Saya katakan, kamu bukan saksi yang boleh dipercayai?


Saksi: Tidak setuju.


Sementara itu, ketika menjawab soalan Mohd. Sophian, Madhi memberitahu beliau tidak pernah diugut, dipaksa atau dijanjikan sesuatu ketika memberikan kenyataan kepada SPRM sewaktu siasatan kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan itu.


Pendakwa: Kamu tidak diugut, dipukul atau dipaksa dan boleh bergerak ke sana ke mari, tetapi mengapa selepas hampir lima tahun, kamu memberi keterangan berbeza di mahkamah?


Saksi: Selama tempoh itu, saya mencari kekuatan kerana saya tidak boleh buat kerja. Saya tidak berbohong kerana memberi keterangan di mahkamah apa yang saya fikir ketika itu.


Madhi dalam nada sebak turut mengaku berasa tertekan kerana disoal siasat secara berlarutan dalam bilik bawah tanah, tambahan pula ketika itu bulan Ramadan.


Mohd. Sophian turut meminta saksi itu menjelaskan tindakannya memberikan keterangan berbeza kerana butiran yang diberikan kepada SPRM sebelum itu melibatkan masa depan seorang pemimpin politik yang kemudian didakwa di mahkamah.


“Ketika soal siasat kamu telah diberikan amaran supaya bercakap benar, tiba-tiba kamu datang mahkamah minggu lepas dan cerita benda lain,” ujar pendakwa.


Bagaimanapun Madhi menyatakan, keterangan diberi berdasarkan apa yang diingati dan ingatan yang baik timbul jika berada dalam keadaan tenang.


Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.


Bung Moktar, iaitu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.


Tertuduh juga didakwa menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual, Norlaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab yang sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.


Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.


Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 20 Disember ini. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bung bung cikecikecike bung bung bung

Kenabatangan:





Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 06:05 PM | Show all posts
Gila makan duit haram cilakak sunbgguh lah depa nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
babi        
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hanat           
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
celaka         
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
punde      
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 7-12-2021 05:36 PM
Bung bung cikecikecike bung bung bung

Kenabatangan:

Kembang kempis kembung bung bung bung



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2021 09:04 PM | Show all posts
nokharommm
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 7-12-2021 08:43 PM
Kembang kempis kembung bung bung bung

Zizie Izette gebus tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by keane.somewhere at 7-12-2021 09:20 PM

Rasa Kes ni macam dah lama sangat...saksi pulak entah2 apa2.

Obviously Zizie akan jadi kambing hitam
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla blh pasang bibik keliling pinggang..makan duit Haram rupanyaaa..helok plak xde kena kecam bodoh bagai..walhal rasuah ni Haram n Jenayah..pffttt
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh sial org tua dan bini gemuk dia ni..tu bukan duit korangggggg...tu duit felcra la babi
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Madhi ni siapa eh? Yang berjanggut cam mak tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 12:08 AM | Show all posts
Patutnyaa hukuman bagi pemakan rasuah klu blh biar dihukom gantongg sampaii mamposs blh tak walaupun aku tak setuju hukuman gangongg tp rasuahh ni terukk sgtt dikalangan pemimpin. Hukuman kena buat bagi berattt, ada rotan selua walaupun utk atas 50 tahunn biar terkeluarrr kulitt dorgg.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 8-12-2021 12:08 AM
Patutnyaa hukuman bagi pemakan rasuah klu blh biar dihukom gantongg sampaii mamposs blh tak walaupun ...

Takyah tengok negara lain.. pemimpin negara sendiri sangat teruk yach rasuahnya. Laju macam pakai duit sendiri yang punya. Jahattt betol. Rakyat ditekan suruh kerja siang malam bayar cukai. Lepastu diskriminasi. Dorang aman2 tarah duit rakyat. Aman2 hidup. Contoh nya Najib. Lambat betol hukumannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Zizie komisyen rm2juta + Bung rm3.5juta
RM5.5juta masuk poket. Nyamannnn
Patutlah melancong oversea je dulu2, anak2 bergaya sakan, maid keliling..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 12:25 AM | Show all posts
naina replied at 8-12-2021 12:20 AM
Takyah tengok negara lain.. pemimpin negara sendiri sangat teruk yach rasuahnya. Laju macam pakai  ...

Khenn pemimpin sedapp pakaii duittt, kita jahh hidop kais pagi kais petang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 01:35 AM | Show all posts
empat percakapan pada 2016 iaitu pada 13 Julai, 14 Julai, 25 Julai dan 14 Oktober manakala rakaman terakhir diberikan hampir lima tahun kemudian iaitu pada 4 Februari lalu.


saksi pun sng goyang...lenkali kalo dirakam  ckp tu...bgtau 3 patah perkataan je...cth...saya tak tahu...ulang je 3 patah tu smpai naik court...

cuba tiru abg jib...senang kan.....



Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 08:49 AM | Show all posts
Kebinatangan sungguh..
Kayo.. nak kayo lagikkk.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064802 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list