CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 19

Pekerja Semua Sektor Bakal Terima Kenaikan Gaji Tahun Depan

[Copy link]
Post time 7-12-2021 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja di semua sektor boleh menjangkakan kenaikan gaji antara tiga hingga hingga lima peratus daripada syarikat tahun depan, demikian menurut dapatan keseluruhan Tinjauan Gaji Robert Walters 2022 di Malaysia.


Pengarah Robert Walters Malaysia dan Filipina, Kimberlyn Lu, berkata semua organisasi akan melaksanakan semakan gaji tahunan am pada 2022.


"Mereka yang menukar kerja boleh menjangkakan kenaikan bermula daripada 15 peratus dan mungkin boleh memperoleh sehingga 30 peratus jika mempunyai set kemahiran yang betul," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, di wilayah utara, pasaran kerja akan menjadi lebih agresif pada 2022, ditunjangi kehadiran pelaburan.




Foto: Berita Harian




Katanya, industri pembuatan dijangka berkembangan berikutan infrastruktur yang baik dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelabur asing mengembangkan perniagaan.


"Dengan kehadiran pemain baharu di wilayah itu, pekerjaan dalam semikonduktor merentasi semua bidang daripada ujian pembangunan, ujian fungsi kepada operasi dan kejuruteraan proses akan mendapat permintaan tinggi.




"Mereka yang menukar kerja dalam sektor ini boleh menjangkakan peningkatan gaji setinggi 15 ke 20 peratus berikutan kehadiran pemain baharu yang bersaing untuk bakat yang sama," katanya.


Mengulas lanjut, Lu berkata pembukaan semula ekonomi memangkin pemulihan kukuh dalam aktiviti pengambilan pekerja di negara ini merentas semua sektor, daripada perkhidmatan kewangan dan segmen pengguna kepada penjagaan kesihatan serta pembuatan.


Katanya, 45 peratus daripada responden bersetuju dengan sentimen ini, kerana mereka sudah mencari peluang baharu dalam sektor terbabit.


"emulihan perniagaan juga menimbulkan suasana pasaran


pekerjaan yang lebih yakin. Tiga daripada setiap empat (75 peratus) responden optimis terhadap peluang pekerjaan dalam sektor masing-masing," katanya.


Beliau menambah, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan Malaysia antara negara dengan kadar vaksinasi tertinggi di


dunia.


Justeru, katanya tinjauan menunjukkan sebanyak 97 peratus responden sanggup mendedahkan status vaksinasi untuk mendapatkan pekerjaan baharu, membuktikan kejayaan program vaksinasi.


"eratusan itu selari dengan kemajuan vaksinasi Malaysia dengan 95 peratus dewasa sudah lengkap divaksin," katanya.


Tinjauan gaji global oleh Robert Walters, perunding pengambilan profesional terkemuka dunia itu meliputi 31 negara termasuk Malaysia.


Tinjauan Gaji Robert Walters adalah panduan komprehensif kepada majikan dan pekerja untuk mengakses trend dan analisis terkini dalam industri tertentu, alat dan sumber yang berguna, serta kemas kini video


mengenai keadaan pasaran daripada panel pakar industri.


Ia juga mengkaji sikap dan pandangan terhadap amalan kerja sedia ada, memberikan gambaran keseluruhan pasaran pekerjaan semasa, set kemahiran dalam permintaan dan jangkaan gaji untuk lapan industri utama di Malaysia. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2021 02:04 PM | Show all posts
wilayah? wilayah amender? ni guna gugle translate ke apooo?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Penipu!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 02:07 PM | Show all posts
Semoga menjadi kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 02:10 PM | Show all posts
ye la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 02:13 PM | Show all posts
negara pasir bedengung ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2021 02:59 PM | Show all posts
kena gaduh dengan bos persis kebal hujan kah baru naik 200 hengget gituhh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 03:03 PM | Show all posts
bahahahaha.. power sgt ke Robert Walters nak suruh2 company semua naikkan gaji pekerja??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2021 03:23 PM | Show all posts
mimpi boleh laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sukati nenek kau je
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 04:00 PM | Show all posts
3 hingga 5 % ye

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn hrp naik gaji ..ptg elaun agaknya adalah kot sbb bkn mudah bisnes era covid ni..lg nak naik gaji..hhm je lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 04:09 PM | Show all posts
Bidg semicon mmg tgh rancakkkkk…belah2 utara tu mmg byk nk pki org…tp xnak la pindah sanun…
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 04:28 PM | Show all posts
dalam satu interview haritu

panel interviewers : "Memandangkan awak takde pengalaman lagi, dan belum berkahwin, tiada komitmen, offer gaji RM1050 boleh?"

bujang = tiada komitmen? kebodohan apakah ini?
mak bapak aku nak hulur apa? daun pokok?
RM1050 di tahun 2021? nak makan apa?
ini pun aku preng preng bawak motor, tak mampu bawa kereta.

kerja sebelum ni, gaji basic RM1200 ja,
tapi company suka potong dan buat denda mengarut.
sampai kat tangan tak sampai RM1k pun. around 900 ja. ada ja jalan dia nak cut tu.
tak berbaloi sungguh dengan penat kerja

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 7-12-2021 04:31 PM

lu olang sumer manyak malas..wa kasi asing olang keleja 12 jam,cuti 2 kali 1 bulan...talak mising pon-Tauke mosar
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar boleh, percaya ikut suka korang la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan harga barang naik 2-5 peratus juga
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 07:29 PM | Show all posts

Harga brg brg confirm mencanak naik 100% nih Kang...riak riak dah mula ada
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 08:47 PM | Show all posts
Gaji naik jugak tak untuk penjawat awam? Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 09:53 AM | Show all posts
sembangg boleh lah
hujung2 org2 yg sama jgk
dapat kenaikkan gaji gilir2 selang setahun
tak payah tunggu Robert Walters whatever
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.564533 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list