View: 1109|Reply: 3
|
Keluarkan Mayat Kawan Dari Kubur, Bawa Jalan-Jalan Naik Motor
[Copy link]
|
|
Sekumpulan lelaki membawa mayat rakan mereka yang dibunuh keluar dari kerandanya untuk memberinya tunggangan terakhir menggunakan motosikal di Ecuador.
Mayat Erick Cedeno dikeluarkan dari kerandanya oleh sekumpulan rakannya di Portoviejo, di wilayah Manabi Ecuador.
Cedeno, 21, meninggal dunia hujung minggu lalu selepas dilaporkan ditembak dua penyerang ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian.
Foto: Daily Mail
Rakaman video menunjukkan kumpulan itu mengeluarkan Cedeno dari keranda kayunya dan membawa mayatnya ke arah motosikal yang sedang menunggu.
Dia kemudiannya diletakkan di belakang penunggang motosikal, dan seorang lagi rakannya kemudian duduk di belakang Cedeno untuk memastikan badannya tidak terjatuh.
La Repubica melaporkan bahawa rakan-rakannya turut menuang minuman beralkohol di atas keranda Cedeno.
Kumpulan itu mendakwa mereka mendapat kebenaran daripada ibu bapa Cedeno untuk melakukan perbuatan tersebut namun pihak berkuasa menyelar kejadian itu sebagai 'menyimpang'.
Di beberapa tempat di dunia, menggali saudara mara yang mati dilihat sebagai adat tradisional - dengan mereka yang dikeluarkan dari kubur akan dimandikan dan kadangkala diberi pakaian baharu. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Mail UK |
|
|
|
|
|
|
|
Erk? Tak berbau ke mayat tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kebodohan tiada batasan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mereput ke..kan dah beberapa hari
At least ada bau |
|
|
|
|
|
|
| |
|