CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1196|Reply: 14

[Tempatan] Penyokong Bola Sepak Boleh Duduk Rapat, Harap Saf Surau Dan Masjid Dapat Dirapatkan’ – Firdaus Wong.Korang Setuju?

  [Copy link]
Post time 5-12-2021 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Instagram tampil bersuara agar saf di masjid dan surau dapat kembali dipenuhkan seperti situasi di dalam stadium ketika perlawanan piala Malaysia tempoh hari.

Piala Malaysia 2021 yang berlangsung Selasa lalu antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai apabila tular foto dimana kebanyakan penonton yang hadir didakwa tidak mengikut SOP sepenuhnya.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Firdaus Wong yang memohon agar saf di surau dan masjid juga dapat dirapatkan seperti keadaan di dalam stadium.

Saya berharap agar surau & masjid dapat diimarahkan, saf dirapatkan sebagaimana penyokong bolasepak boleh duduk rapat-rapat, penumpang bas & penumpang kapalterbang boleh duduk sebelah menyebelah.

Menurutnya lagi, dia hanya berkongsikan suara hatinya sahaja namun para ulama lebih tahu mana yang lebih baik berhubung perkara itu.

Para alim ulamak lebih tahu fiqh keutamaan. Saya yang marhaen hanya kongsikan suara hati diri ini.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut menyokong pendapat pendakwah bebas itu serta memohon pihak berkenaan mengkaji semula SOP untuk surau dan masjid.


Sumber: Firdaus Wong Wai Hung

https://www.instagram.com/p/CW6yNITv4_b/?utm_medium=copy_link

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap Saf Surau Dan Masjid Dapat Dirapatkan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:01 PM | Show all posts
exactly. Tak perlulah nak amik faktor masjid adalah bangunan tertutup etc etc. Sama aje pon konsepnya. Sejadah pon takyah nak kena bawak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi kesian aku tgk jemaah nk Jumaat terpaksa solat kat luar, pastu hujan lebat.

AJK pun serba salah.

Surau tempat aku sentiasa penuh subuh ke isya'.. last2 AJK rapatkan je jarak 1 kaki.. gi mamposla birokrasi lembap kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sifirnya mudah.
Masjid surau ramai org tua..jangkitan bahaya kt org tua .
Stadium ramai org muda..klu mati pn xde hal
Saf jarak kt masjid utk selamat kn nyawa org tua
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 5-12-2021 12:46 PM
Sifirnya mudah.
Masjid surau ramai org tua..jangkitan bahaya kt org tua .
Stadium ramai org muda..kl ...

Setuju jugak aku dgn pendapat hang...ada orng msh melihat sop tu sbgai 'penghalang'...walhal ia satu ikhtiar untuk 'mencegah'...sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2021 03:42 PM | Show all posts
Masjid, tertutup, ramai orang berisiko, dan waktunya 5 kali sehari.
Orang yg sama.
Peluang nk berjangkit lebih tinggi.
Solat Jumaat tu pn dari pelbagai ceruk, tiap2 minggu.
X adil sbb bola boleh rapat2 yes, aku paham.
Tp x adil jg kalau nk suruh yang di Masjid membahayakan diri dan orang lain jg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:52 PM | Show all posts
saya selapan tuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 03:54 PM | Show all posts
untuk buat keputusan ni, KKM kena tengok berapa kes melibatkan kluster masjid etc , status vaksinasi ( yg SOPnya kalau ikut bebetul yg lengkap je kan ) and demografik kawasan.

Pi lah bagi kebenaran ikut keadaan setempat , kalau tak nak sekaligus, biaq berhati hati.

atau pihak masjid tekankan pengujian kendiri di rumah selang 3 hari ke macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 07:59 PM | Show all posts
bagi je lah ajk masjid decide.

siapa nak jarak, jarak. siapa nak rapat kasi rapat. war2 kan ini masjid jarak, ini masjid rapat so that potential jemaah boleh pilih. Kalau berbunyi lagi bagi ja hidu virus corona free.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsilap dulu pernah baca depa xbagi solat rapat2 Kat masjid sbb nak lindungi kesucian institusi masjid tu sendiri...klu jadi kluster, xeloklah mcm tu.jd depa awal2 dah selamatkan masjid dari jd tempat timbul fitnah..sbb tu disarankan jarakkan saf, bawak sejadah dari rumah etc.wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 08:47 PM | Show all posts
klaka tgk mufti jab agama diam xbkutik..kena org mualaf ni jugak bising..hmm..

suruh vaksin dh vaksin
now apesal xnk bagi saf rapat semula

nk sembang tempat tertutup..

dlm flight tu lagi la ttutup berjam2 lamanya..elokkkk jekkkk kaka tgk

nak kata all org muda..yg naik flight merata2 bjalan tmasuk ke mekah n madinah utk umrah tu pon rmi je org tua..

yg blambak bjangkit skrg ni bkn org tua pon..tp pro vaks yang xpki mask acah rasa kebal

pendek kata alasan jarak sop tu dh xrelevan..

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde penjarakkan tak tutup stadium dan saman??
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 10:32 AM | Show all posts
Demikianlah kerajaan melayu islam yg didamba mopeti nan satu itteewww, mendapat berkah dari ilahi katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 11:06 AM | Show all posts
apa yang terjadi dpn aku skrang ni, yg dok melalak suruh rapatkan saf tu sendiri pun bukan kaki masjid. yg btul2 kaki masjid relaks je solat yg rumah. yg betul2 kaki masjid ni la yg ajk panggil utk solat jemaah sbb mmg dr sebelum covid org masjid kenal muka dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.078879 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list