CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tanam sayur di rumah bantu kurangkan kos

[Copy link]
Post time 4-12-2021 01:08 PM | Show all posts |Read mode


GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan orang ramai untuk menanam sendiri sayur-sayuran bagi mengurangkan beban kenaikan harga bahan makanan itu ketika ini.

Pegawai pendidikannya, N V Subbarow berkata, harga beberapa jenis sayur-sayuran dijangka meningkat dalam tempoh agak panjang memandangkan Persatuan Penjual Sayur-Sayuran turut menganggarkan ia berterusan sehingga Tahun Baharu Cina depan.

Menurut beliau, menanam sayur-sayuran sendiri di rumah boleh menjimatkan kos dan pengguna boleh menanam jenis yang biasa dimakan dengan mudah.

"Kita tidak memerlukan ruang yang besar untuk menanam sayur-sayuran.

“Tumbuhan berbuah seperti bendi, terung, cili dan sayur-sayuran berdaun seperti sawi, kangkong, kalian, bayam dan tanaman saka pudina, pegaga, kesum dan selom boleh ditanam dengan mudah walaupun di balkoni,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Subbarow berkata, barangan kegunaan di rumah seperti karton susu, jus dan botol minuman serta bekas kecil boleh digunakan untuk menanam tumbuhan yang mempunyai sistem akar lebih kecil seperti sayur-sayuran berdaun.

Jelasnya, bagi tumbuhan yang mempunyai akar lebih besar seperti bendi dan terung, tin biskut bekas sejuk, botol minyak dan air lima liter boleh digunakan dengan mudah sebagai media tanaman.

Beliau berkata, pada masa ini CAP sedang mengeluarkan baja vermi dan penggalak pertumbuhan diperkaya dengan harga berpatutan bagi mereka yang ingin memulakan aktiviti berkebun selain mengadakan latihan pertanian bandar kepada orang ramai.

“Memulakan taman di rumah sendiri sangat berbaloi kerana akan memberi manfaat kepada seluruh ahli keluarga untuk menikmati sayur-sayuran segar dan bebas kimia.

“Mereka yang tinggal di bangunan kediaman bertingkat yang mempunyai ruang terhad juga boleh mengamalkan taman bandar dengan berkesan selagi dapat memastikan tanaman mendapat cahaya matahari,” katanya.

Orang ramai yang berminat menyertai latihan pertanian semula jadi boleh mendaftar di pejabat CAP atau menghubungi talian 04-829 9511 atau 012-537 4899.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... bantu-kurangkan-kos
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.225681 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list