CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 3

[Borneo] Demi selamatkan anak, ibu sanggup bergelut dengan harimau bintang tanpa guna senjata!

[Copy link]
Post time 3-12-2021 08:13 AM | Show all posts |Read mode


SEORANG wanita dari Kampung Badi Jhiriya di Madhya Pradesh, India menjadi sebutan ramai apabila berani melawan seekor harimau bintang tanpa apa-apa senjata demi menyelamatkan anaknya.

Ketika kejadian, wanita bernama Kiran dari suku kaum Baiga itu sedang duduk mengelilingi unggun api bersama tiga anaknya di luar pondok mereka.

Dalam sekelip mata, seekor harimau bintang muncul secara tiba-tiba dan melarikan seorang anak kecilnya, Rahul.

Tanpa berfikir dua kali, Kiran segera menyuruh dua lagi anak lelakinya masuk ke dalam pondok, manakala dia sendiri memburu haiwan berkenaan yang melarikan anak kecilnya ke dalam hutan.

Kiran hanya menggunakan sebatang kayu untuk menakut-nakutkan haiwan berkenaan.

"Harimau bintang itu mungkin takut dengan keberanian Kiran dan ia meninggalkan kanak-kanak itu.

"Ketika Kiran segera memeluk Rahul, haiwan itu sekali lagi menyerangnya. Bagaimanapun, Kiran nekad bergelut dan berjaya membuatkan haiwan berkenaan lari," kata pegawai itu.

Kedua-dua beranak itu selamat, namun Rahul mengalami kecederaan luaran. - India.com



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2021 08:14 AM | Show all posts
sayang seorang ibu ...

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 12:48 PM | Show all posts
kawasan gunung nie...byk rimau (maneater dipanggil kt sana)..
lg satu india nie mmg suka tdoq berbumbung langit...sambil buat unggun api besar..pasal tu lh...nk takutkan rimau termasuk puma/rimau kumbang etc

info nie tgk utube byk ...bwh nie cth...





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2021 05:27 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 3-12-2021 12:48 PM
kawasan gunung nie...byk rimau (maneater dipanggil kt sana)..
lg satu india nie mmg suka tdoq berbum ...
Terimakasih bideo nya ...

kesian juga mereka ...

dengan taraf hidup camtu ... dengan macam2 penyakit ... ni lagi binatang buas ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061964 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list