CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

[Borneo] Taliban, junta Myanmar tidak dibenarkan di PBB buat masa ini

[Copy link]
Post time 2-12-2021 03:18 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menangguhkan keputusan mengenai siapa yang akan mewakili Afghanistan dan Myanmar ke badan dunia yang dianggotai 193 negara itu.

Menurut Agensi Anadolu, Duta Besar Sweden ke PBB Anna Enestrom memberitahu pemberita selepas mesyuarat tertutup Jawatankuasa Kelayakan Perhimpunan Agung yang dipengerusikannya bahawa jawatankuasa itu memutuskan untuk menangguhkan keputusannya dalam itu.

Pengumuman itu bermakna wakil Taliban Afghanistan dan junta tentera Myanmar tidak akan dibenarkan menyertai badan dunia itu buat masa ini.

Jawatankuasa Tauliah, yang terdiri daripada sembilan ahli, diberi mandat untuk meneliti kelayakan wakil negara anggota dan melaporkan kepada Perhimpunan Agung mengenainya, kata kenyataan itu.

Taliban, yang merampas kuasa pada pertengahan Ogos daripada kerajaan yang diiktiraf antarabangsa, mencalonkan jurucakapnya yang berpangkalan di Doha Suhail Shaheen sebagai duta Afghanistan ke PBB .

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064694 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list