CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 554|Reply: 1

[Borneo] Empat negeri rekod kadar kemiskinan tegar paling tinggi

[Copy link]
Post time 2-12-2021 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Negeri Kelantan, Sabah, Sarawak dan Perak merupakan antara negeri yang merekodkan kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia.

Bahkan, empat negeri itu juga merekodkan kadar kemiskinan tegar tertinggi berbanding negeri lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith.

Tambah beliau, negeri yang mempunyai kadar kemiskinan paling rendah pula adalah Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan daripada Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan) yang mencadangkan kerajaan ‘mengajar cara menangkap ikan, bukan hanya beri ikan’ kepada rakyat.

“Saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat kata tadi. Daripada kita memberi ikan, lebih baik kita mengajar rakyat cara bagaimana untuk menangkap ikan.

“Persoalannya sekarang dalam temph pandemik ini, tumpuan adalah untuk kita menangani masalah ekonomi yang semakin meruncing.

“Sebelum kita boleh mendidik mereka untuk menangkap ikan, saya percaya ramai di kalangan mereka ini yang berada di bawah garisan kemiskinan ini yang perlu dibantu secara langsung sebelum mereka ini diberikan pendidikan asas untuk mencari makanan sendiri,” katanya.

Beliau sebelum itu menjawab soalan daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS - Batang Lupar).

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2021 02:32 PM | Show all posts
Daripada kita memberi ikan, lebih baik kita mengajar rakyat cara bagaimana untuk menangkap ikan.

ajar la camne pun ... kalau ikan nya takde ... nak pancing / nak tangkap apa ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062843 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list