CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1660|Reply: 0

Pekat, Allianz sedia perlindungan insurans sistem solar PV

[Copy link]
Post time 1-12-2021 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Pekat, Allianz sedia perlindungan insurans sistem solar PV


Pekat Group Bhd

KUALA LUMPUR: Subsidiari syarikat tenaga solar Pekat Group Bhd (Pekat), Solaroo Systems Sdn Bhd merancang untuk bekerjasama dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (Allianz General) bagi menyediakan perlindungan insurans 'SolarPro' selama lima tahun ke atas semua sistem solar fotovoltan (PV) kediaman syarikat itu.

Pengerusi Pekat, Kok Hong Chin, berkata dalam ke arah Malaysia untuk menjadi neutral karbon seawal 2050, sumber tenaga boleh diperbaharui akan menjadi lebih penting pada masa hadapan.

"Kami menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang meluas untuk membangunkan kaedah yang selamat serta cekap bagi kediaman, kilang kecil, lot kedai dan juga stesen minyak untuk mereka menikmati faedah tenaga solar melalui sistem suria inovatif Solaroo," katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis memeterai memorandum persefahaman (MOU) antara Allianz General dan Solaroo di sini hari ini.

SolarPro Allianz General menawarkan perlindungan risiko yang menyeluruh yang meliputi kehilangan atau kerosakan kepada sistem PV solar termasuk kerencatan pendapatan atau penjimatan yang disebabkan gangguan kepada sistem.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang, berkata syarikat itu amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Solaroo dalam membina masa depan yang lestari.

"Perkongsian dengan Solaroo ini memberikan peluang untuk kami memainkan peranan dalam membentuk masa depan yang lebih selamat, inklusif dan mampan serta pada masa yang sama menjamin pembangunan masa depan tenaga suria di negara ini.

"Penyelesaian insurans kami, SolarPro, memang bertujuan memberi sokongan bermakna kepada pengguna PV solar dan melalui perkongsian kami dengan Solaroo, kami berharap untuk terus menggalakkan penggunaan PV solar di Malaysia," katanya.

Pengarah Solaroo, Johann Sze, berkata semua sistem PV solar Solaroo akan dilindungi oleh insurans SolarPro yang disediakan oleh Allianz General.

"Gabungan ini memberikan jaminan kepada pelanggan mengenai kebolehpercayaan sistem PV solar sambil menjimatkan bil elektrik melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

"Kami berhasrat untuk memasang sistem PV solar ke atas 10,000 rumah dalam beberapa tahun akan datang," tambahnya.

-BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.450112 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list