View: 630|Reply: 0
|
[Dunia]
WHO ingatkan risiko varian Omicron sangat tinggi. Jenis varian yg sgt berbeza. Sekian, harap maklum
[Copy link]
|
|
Varian COVID-19 Omicron berisiko 'sangat tinggi' - WHO
November 29, 2021 @ 7:27pm
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran varian COVID-19 baharu, Omicron berisiko 'sangat tinggi' di seluruh dunia, walaupun wujud ketidakpastian mengenai bahaya dan tahap penularan strain baharu itu.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu memaklumkan strain COVID-19 yang pertama kali ditemui di Afrika Selatan itu adalah 'varian yang sangat berbeza'.
"Ia dikesan mempunyai jumlah mutasi yang tinggi... membimbangkan dan mungkin kalis imunisasi selain mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.
"Kemungkinan potensi penyebaran Omicron pada peringkat global adalah tinggi, namun sehingga kini, tiada kematian dikaitkan dengan varian Omicron dilaporkan," menurut nota teknikal dikeluarkan WHO.
Menurut pertubuhan itu lagi, tiada bukti varian terbabit lebih berbahaya atau boleh menyebabkan kematian berbanding varian terdahulu.
Jika ia merebak dengan lebih pantas, maka akan mencetuskan lebih banyak kes dan lebih banyak tekanan pada sistem kesihatan, sekali gus menyebabkan lebih banyak kematian.
"Jika satu lagi lonjakan besar COVID-19 berlaku disebabkan oleh Omicron, akibatnya mungkin teruk," katanya sambil menyimpulkan bahawa risiko global keseluruhan varian membimbangkan (VOC) itu dinilai sebagai sangat tinggi.
WHO berkata semua negara perlu meningkatkan pengawasan penularan varian itu bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kepantasannya merebak dan di mana yang dijangkiti.
WHO turut menggesa program vaksinasi dipercepatkan terutama di negara yang mempunyai penduduk terdedah dan masih belum menerima sebarang vaksin.
Namun, tiada sebarang amaran larangan atau sekatan perjalanan dikeluarkan WHO kerana langkah itu tidak adil kepada negara di mana penularan Omicron pertama kali dikesan.
Menurut Pengarah Serantau WHO Afrika, Matshidiso Moeti, varian Omicron kini dikesan di beberapa wilayah di dunia, yang menyaksikan larangan perjalanan dari Afrika dikenakan, sekali gus menggugat perpaduan global. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
| |
|