CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 370|Reply: 8

[Tempatan] Ebit kembali turun padang, santuni pemuda kudung

[Copy link]
Post time 29-11-2021 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Ebit menghulurkan bantuan kepada Hock Kian Siong

Ebit kembali turun padang, santuni pemuda kudung

PETALING JAYA- Setelah beberapa minggu tiada di Malaysia berikutan mengerjakan ibadah umrah dan bercuti bersama keluarga, penceramah terkenal Ebit Lew kembali turun padang mengubat ‘duka lara’ rakyat.

Terbaru, Ebit kembali menjalankan tugas sebagai ‘hero’ kebajikan rakyat Malaysia apabila menyantuni seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas tidak mempunyai pekerjaan.

Menerusi hantaran terbaru Ebit di Instagram miliknya, dia berasa sedih dengan keadaan seorang pemuda bernama Hock Kian Siong yang tinggal di tepi jalan.

Katanya, lelaki itu sebelum ini bekerja sebagai tukang baik pulih penyejuk udara namun kehilangan tangan selepas alat elektrik itu meletup.

“Hidupnya semakin susah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkahwin dengan orang Indonesia dan mempunyai dua orang anak.

“Tadi abang Hock menangis rindukan isteri dan anak-anak, sejak PKP tak jumpa, dia orang Gombak dan memegang kad pengenalan warna biru,” katanya.

Jelas Ebit, lelaki itu melahirkan rasa syukur selepas selepas berjumpa kerana menyifatkan sudah lama untuk bertentang mata secara empat mata.

“Hari ini Allah kabulkan, sedih bila bab anak-anak, kami bawa ke penempatan, akan cari bilik untuknya, begitulah bahagian ujian hidup.

“Di saat saya rasa sedih berjauhan sekejap dengan keluarga, ada orang sudah bertahun tidak jumpa anak-anak, telefon anak-anak menangis rindu,” jelasnya.

Dalam hantaran itu, Ebit juga meminta orang ramai untuk terus mendoakan abang Hock agar terus dimudahkan urusannya.

Dalam pada itu, netizen terus melahirkan rasa terharu dengan hantaran berkenaan selain mendoakan agar pemuda itu terus kuat dan tabah.

“Kesiannya, semoga ada sinar baharu untuk keluarga ini, terima kasih Allah temukan Ustaz Ebit dengan Abang Hock,” kata Hana Marzuki.

“Bila rasa ‘down’ dan nampak hantaran ini terus rasa syukur, terima kasih Ustaz Ebit,” ujar Bit Jedey. -K! ONLINE



SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... tuni-pemuda-kudung/

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wuhuuu marilah menyambung sayu pilu shaydu sob2 srottt
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:02 PM | Show all posts
hidup dia ni memang penuh kesedihan, shahdu, pilu ke cam ne ni??
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:09 PM | Show all posts
puiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih berjalan ke kes dia? Bebas je berjalan ke mana2 dan tak pernah kena tahan lokap. Orang lain yang jenayah lagi kecil pun kena tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:08 PM | Show all posts
apa kata taksubers
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pergi melawat family arwah zulfarhan tadi... Yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian hidup sentiasa dalam kesedihan & bermuram durja
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cupu at 29-11-2021 03:25 PM

Betul ke org tu dok situ..seb tu kedai
.dpn tu kereta penuh.malsudnya tmpt tu tempat awam. Klu aku owner kedai aku xbg kot org dok tepi tu.. Malah aku rs abg tu okay je..bkn xwaras. Xkan nk duduk tepi tu. Xde gamaknya..siap frame fmly ada.Unless direka khas utk tujuan pengambaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2022 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.181070 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list