CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 38|Reply: 0

[Sarawak] Syarikat penerbangan perlu menambah kekerapan penerbangan ke Sarawak

[Copy link]
Post time 28-11-2021 04:21 PM | Show all posts |Read mode


Mohamad menunjukkan tambang tiket RM2,000 seorang untuk beliau dan isteri, bagi penerbangan balik dari KL ke Miri, baru-baru ini.

MIRI: Syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan udara ke negeri ini harus menambah kekerapan penerbangan mereka ke Sarawak, supaya dapat mengimbangi kadar tambang yang ditetapkan.

Ketika ini, penduduk di Sarawak, bukan hanya berdepan dengan kadar tambang yang tinggi, malah masalah kekurangan penerbangan pulang yang terhad.

Seorang ahli jawatankuasa induk Kumpulan Bertindak Pelancongan Mukah, Diana Rose, berkata kenaikan harga tambang yang tinggi adalah disebabkan oleh penerbangan yang amat terhad namun mendapat permintaan tinggi, terutama selepas rentas daerah dan rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Diana yang juga ahli jawatankuasa exco Sarawak Atelier Society, berkata, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 ini kelak, kerajaan negeri perlu masuk campur dalam soal ini dan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan berkaitan.

"Paling penting kerajaan perlu memastikan penerbangan mencukupi untuk anak-anak Sarawak pulang mengundi dan pada masa yang tidak menaikkan tambang sesuka hati sepanjang tempoh berkenaan," katanya.

Turut bersetuju dan berkongsi pandangan dengan Diana ialah pengerusi Persatuan Kedayan Miri, yang juga naib presiden Persatuan Kedayan Sarawak, Mohamad Abdullah Jamin, yang mahu agar syarikat penerbangan terutamanya MAS dan Air Asia supaya memberikan pakej atau promosi khas untuk anak anak Sarawak untuk pulang mengundi pada 18 Disember depan.


Diana Rose

Ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, hari ini, beliau berkata harga tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Miri amat tinggi dan membebankan rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia dan luar negara untuk balik ke negeri ini.

"Rakyat Sarawak yang ingin pulang mengundi pada PRN Ke-12  Sarawak, pastinya tidak mampu membeli tiket kapal terbang yang mencecah sehingga RM2,000 sehala.

"Harga mencekik darah ini pastinya akan membantut usaha mereka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengundi dan menentukan masa depan negeri ini," katanya sambil memberitahu beliau dan isteri yang balik ke Miri dari Kuala Lumpur (menaiki MAS) baru-baru ini, terpaksa membeli tiket berharga RM4,000 untuk perjalanan sehala.

Beliau berkata tambang tiket sedia ada masih terlalu mahal untuk rakyat Sarawak yang ingin pulang, walaupun dalam di laman sosial kedua-dua syarikat berkenaan memaklumkan harga tiket ke sarawak telah diturunkan.

"Namun jika dikaji semula, harga tersebut masih mahal walaupun telah dikurangkan, terutama mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Jika dalam satu keluarga seramai lima atau enam orang, yang jika dikira semua masih mahal," katanya.

"Saya rasa mereka perlu tampil dengan promosi atau pakej keluarga, bagi rakyat Sarawak yang pulang ke negeri ini, untuk menjalankan kewajiban mereka mengundi kelak.
"Apatah lagi, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilonggarkan dan rakyat sudah boleh merentas negeri, maka kedua-dua syarikat penerbangan tersebut perlu menambah jumlah kekerapan penerbangan ke Sarawak dan Miri khasnya," katanya.

Mohamad juga berharap sama ada MAS ataupun Air Asia tidak hanya melepaskan batuk di tangga sahaja, dengan tawaran harga tiket mereka, dan akan naik semula dalam masa terdekat.

Beliau yang juga pengerusi Persatuan Peniaga Wireless Walk Miri turut berharap Kementerian Pengangkutan Sarawak terus memantau kedua-dua syarikat penerbangan terbabit supaya menjalankan tangungjawab sosial korporat mereka untuk rakyat negeri ini dan bukan hanya mengaut keuntungan semata-mata.


utusanborneo.com.my/2021/11/28




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 60769 Replies : 1735
Wanita maut digilis tren selepas ditolak lelaki kurang siuman
ultra78Wanita maut digilis tren selepas ditolak
Views : 6 Replies : 1
WhatsApp Customer Service
hardiksharma01WhatsApp Customer Service
Views : 3265 Replies : 39
Kisah Seram Dingorat Jantan USA.
keane.somewhereKisah Seram Dingorat Jantan USA.
Views : 194 Replies : 6
AKASIA : KISAH CINTA KITA [AEDY ASHRAF, AMELIA HENDERSON]
eddlisa_uyukAKASIA : KISAH CINTA KITA [AEDY ASHRAF,
Views : 6578 Replies : 72
[MBC 2022] TRACER - Im Si Wan, Ko Ah Sung, Son Hyun Joo  (7 January)
Rahah[MBC 2022] TRACER - Im Si Wan, Ko Ah Sun
Views : 262 Replies : 8
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9528 Replies : 553
SPIDER-MAN: NO WAY HOME (2021)
kakikuDibibirmuSPIDER-MAN: NO WAY HOME (2021)
Views : 5790 Replies : 125
Order Makan Dulu
catalinaOrder Makan Dulu
Views : 11831 Replies : 89



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-1-2022 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.087565 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list