Amanah akui PH hilang sokongan Melayu, kata Mat Sabu
FMT Reporters -
November 27, 2021 11:15 PM
PETALING JAYA: Amanah mengakui Pakatan Harapan (PH) telah hilang sokongan Melayu antara sebab utama gabungan itu tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Presidennya, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata kekalahan teruk PH di Melaka dilihat sebagai hikmah bagi membolehkan mereka menilai iklim sebenar politik negara.
“Kita lihat hilangnya sokongan orang Melayu kepada PH. Baguslah PRN Melaka itu dibuat, dapat kita mengukur keadaan sebenar. Oleh itu PH akan bermesyuarat Isnin ini bagi membincangkan hal ini.
“Yang utama sekali, kita kena banyakkan rakan berbanding lawan dan hilangkan persepsi negatif yang ditanam terhadap PH.
“(Persepsi) bukan betul pun, malah sekarang kita nampak PAS Kelantan sendiri pun mula sebut rasa nikmat di bawah kerajaan PH yang beri RM400 juta duit petroleum kepada Kelantan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan Kali Keenam di Kota Bharu
Mohamad berkata, berdasarkan PRN Melaka, rakyat Malaysia dilihat masih mudah termakan dengan umpan perkauman dan perkara itu terus menjadi modal survival pihak yang mahu berkuasa atau mengambil alih kuasa.
BN memenangi 21 daripada 28 kerusi iaitu dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, menyaksikan tambahan lapan kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU- 14).
Parti itu menewaskan PH yang hanya memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.
Post time 28-11-2021 02:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa tidaknya, dulu kaw kaw UMNO & PAS tabor pitenah kat Amanah, contoh Cina DAP kuasai TH, kes Sajad pakai telekung Mujahid disalahkan, kes pemandu mabuk pun salah Dap.
.
Perlu ingat, PH ada parti DAP yang bermimpi untuk Hak Istimewa Melayu/Bumiputera 1957/1963 dan DEB/NEP 1971 dihapuskan oleh Melayu/Bumi liberal dan memperkasa Agenda Bukan-Bumiputera.
Kalau Amanah/PH nak menarik balik sokongan kaum Melayu/Bumi, mereka hendaklah tendang keluar DAP dari PH, macam Tunku tendang keluar LKY/Singapura dari Malaysia pada 1965. Lepas itu, PH kena berusaha memperkasa Agenda Bumiputera/Melayu.
.
Walhal ketua audit negara sendiri ngaku Mujahid lah yg dah selamatkan tabung haji selama ph jadi gomen 22bulan..tapi dek pitenah UmnoPas melayu pun pecaya bulat2 segala pitnah smbil meratib salah Dap siang malam
Affirmative actions tak salah tapi bila gagal kena lah admit dan tukar cara. Selepas 60 tahun agenda memperkasa Bumiputera untuk naikkan peratus bumi kaya tapi yang naik peratus pengundi ja, memang itu yang the ruling elite nak pun untuk kekal beruasa sampai ajm. Rakyat?
Buat ja polisi nak tolong orang miskin kalau dah memang yang miskinnya ramai melayu automatik lah melayu yang banyak dapat. Sampai bila nak merasis?
. https://www.malaysiakini.com/news/321081 - Bumis majority of top earners - but disparity widest, too / Majoriti bumi yang berpendapatan tinggi - tetapi jurang perbezaan yang paling luas juga - Nov 26, 2015
According to data from a parliamentary written reply, the bumiputera make up 53.81 percent of the T20 category, followed by Chinese at 37.05 percent, Indians at 8.80 percent and others at 0.34 percent. ...
Compared across ethnicity, the bumiputera also make up the majority of the M40 group at 64.17 percent. Chinese make up the remaining 26.43 percent followed by Indians at 9.10 percent and others at 0.30 percent.
However, the bumiputera disproportionately make up the majority of the B40 group. They make up 73.61 percent, followed by Chinese at 17.50 percent, Indians at 8.52 percent and others at 0.36 percent.
The data, from the household income and expenditure 2014 report, was furnished by Minister in the Prime Minister's Department Abdul Wahid Omar in a written reply to Ampang MP Zuraida Kamaruddin yesterday.
Mengikut data jawapan bertulis parlimen, bumiputera membentuk 53.81 peratus daripada kategori T20, diikuti Cina 37.05 peratus, India 8.80 peratus dan lain-lain 0.34 peratus. ...
Berbanding merentas etnik, bumiputera juga membentuk majoriti kumpulan M40 iaitu 64.17 peratus. Cina membentuk baki 26.43 peratus diikuti oleh India sebanyak 9.10 peratus dan lain-lain sebanyak 0.30 peratus.
Bagaimanapun, bumiputera secara tidak seimbang membentuk majoriti kumpulan B40. Mereka membentuk 73.61 peratus, diikuti Cina sebanyak 17.50 peratus, India sebanyak 8.52 peratus dan lain-lain sebanyak 0.36 peratus.
Data itu, daripada laporan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah 2014, dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin semalam.
SOME may be surprised by the fact that bumiputera households made up 53.5% of the 1.72 million households in Malaysia that had more than RM10,000 in monthly gross income in 2019.
Yet, being the majority at 69.3% of 29.38 million Malaysian citizens and 65.1% of 7.28 million households, the ethnic group ranks high in both things to be proud of, such as the most number of graduates and people earning high incomes, and areas that need to be worked on, such as relative poverty and graduate unemployment. Bumiputera individuals made up 62.6% of the 32.52 million Malaysian population, which included 3.14 million non-citizens of different nationalities (who collectively exceed the 2.01 million Malaysians who are Indian). ...
SESETENGAHNYA mungkin terkejut dengan fakta bahawa isi rumah bumiputera membentuk 53.5% daripada 1.72 juta isi rumah di Malaysia yang mempunyai lebih RM10,000 dalam pendapatan kasar bulanan pada 2019.
Namun, sebagai majoriti iaitu 69.3% daripada 29.38 juta warganegara Malaysia dan 65.1% daripada 7.28 juta isi rumah, kumpulan etnik itu menduduki tempat yang tinggi dalam kedua-dua perkara yang boleh dibanggakan, seperti bilangan graduan dan orang yang berpendapatan tinggi terbanyak, dan kawasan yang perlu diusahakan, seperti kemiskinan relatif dan pengangguran siswazah. Individu bumiputera membentuk 62.6% daripada 32.52 juta penduduk Malaysia, termasuk 3.14 juta bukan warganegara berlainan bangsa (yang secara kolektif melebihi 2.01 juta rakyat Malaysia yang berbangsa India). ...
.
Saya ingat Affirmative Action Policy untuk memperkasa Hak Istimewa Bumiputera dan Agenda Bumiputera telah berjaya, spt bilangan graduan, T20 dan M40 Bumiputera telah bertambah sejak 1957 Merdeka. Namun, polisi2 ini perlu ditambah untuk memperkayakan golongan B40 Bumiputera. Walau bagaimanapun, bilangan anak dalan satu isi rumah Bumiputera harus dikurangkan, spt maksima 4 anak dalam satu keluarga, iaitu polisi Perancangan Keluarga.
.