CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 57|Reply: 0

[Sarawak] 1,264 surat hak milik tanah NCR sudah dikeluarkan di kawasan Singai

[Copy link]
Post time 27-11-2021 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-11-2021 08:15 AM



Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan cek pampasan tanah kepada penerima di Pusat Redeems Singai, Bau.

BAU: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah meluluskan 17 kawasan untuk disukat di bawah Inisiatif Baru Penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan Singai di sini.

Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching Alfian Bawi berkata daripada jumlah itu tujuh kawasan telah dikeluarkan 1,264 surat hakmilik tanah merangkumi keluasan 3,500 ekar.

Ia katanya merangkumi kawasan Sudoh, Atas, Tanjong Poting, Tanjong Bowang, Senibong, Daun dan Bobak Sajong.

"Sementara itu enam kawasan lagi yang berkeluasan 2,360 ekar kini sedang dalam proses penyukatan.

"Keenam-enam kawasan ini dikenali sebagai kawasan Apar, Segong, Barieng, Senibong (bahagian Baki), Baki Kawasan Atas dan Tanjong Poting," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah kepada 192 penerima dengan nilai RM9.65 juta bagi dua projek di Pusat Redeems Singai di sini hari ini.

Tambah Alfian sepanjang lima tahun terdahulu, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching telah memuktamadkan 235 projek pengambilan balik tanah melibatkan hampir 1,420 lot dengan jumlah pampasan hampir  RM490 juta.

Projek yang dimuktamadkan ini melibatkan pembangunan untuk tujuan jalan raya, institusi pendidikan, pusat-pusat kesihatan dan pembangunan awam yang lain.

Bagi tahun 2021 sahaja katanya setakat ini sebanyak 42 projek pengambilan balik tanah telah dilaksanakan melibatkan bayaran pampasan hampir RM160.2 juta.

Sementara itu penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep berkata penyerahan cek pampasan ini adalah yang kedua bagi dua projek ini di Singai.

Katanya tujuh kampung terlibat dalam Projek Jalan Kampung Poting/Tanjung Senibong/ Tanjung Bawong dan Projek Jalan Kampung Apar By-Pass Penggantian Jambatan Bailey Sg Adis.

"Projek ini adalah penting dan jika rakyat enggan serah tanah kerajaan tidak dapat melaksanakan pembangunan.

"Pampasan dibayar ada atau tidak surat hak milik tanah untuk membantu rakyat," katanya ringkas.


utusanborneo.com.my/2021/11/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Kuin Kepam Giat Mengepam Di LA V61
PulutSambalKuin Kepam Giat Mengepam Di LA V61
Views : 39420 Replies : 1499
OPPENHEIMER (2023)
SY_MumiOPPENHEIMER (2023)
Views : 77 Replies : 4
[tvN] Mr. Queen - Shin Hye Sun, Kim Jung Hyun
xyla73[tvN] Mr. Queen - Shin Hye Sun, Kim Jung
Views : 91463 Replies : 1194
Social Chit Chat 6
sarah82Social Chit Chat 6
Views : 34933 Replies : 581
BoBoiBoy: GalacticHeroes Game Launching
HamazakixamBoBoiBoy: GalacticHeroes Game Launching
Views : 4868 Replies : 1
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 81062 Replies : 120
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 52101 Replies : 366
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 49656 Replies : 1134
Daily life (activity) as homemaker / housewife / Taitai
green~teaDaily life (activity) as homemaker / hou
Views : 5446 Replies : 33



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.231589 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list