CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 779|Reply: 2

[Dunia] Jerung ‘zombie’ masih hidup selepas badan dimakan

[Copy link]
Post time 26-11-2021 02:21 PM | Show all posts |Read mode

Jerung ini masih berenang walaupun hampir separuh badannya telah dimakan. – The Sun

Jerung ‘zombie’ masih hidup selepas badan dimakan

MADRID – Seorang saintis terkejut mendapati seekor jerung yang dilepaskannya masih hidup dan bergerak walaupun hampir separuh badannya dimakan sekumpulan jerung pemangsa yang lain, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Dr. Mario Lebrato, 35, berkata, dia melepaskan jerung tersebut kira-kira 2 meter di bawah permukaan laut di Sepanyol. Jerung-jerung lain kemudian menyerang ikan itu sehingga menyebabkan isi pada badannya terlerai.

Katanya, kumpulan pemangsa itu terdiri daripada beberapa ekor jerung lembu seberat 300 hingga 400 kilogram.

Lebrato memberitahu, jerung itu bertarung selama kira-kira 20 minit sebelum mengalami kecederaan parah.

“Jerung memakan jerung lain adalah perkara yang sudah diketahui tetapi sangat sukar untuk difilemkan dan didokumenkan.

“Sebelum ini, beberapa gambar yang dirakam menunjukkan pertempuran berdarah antara dua jerung putih besar sehingga menimbulkan teori bahawa jerung memakan ­spesiesnya  sendiri sebagai sumber makanan.

“Ini bukan sekadar seekor jerung menyerang jerung lain. Ia juga melibatkan pertempuran antara jerung secara berkumpulan,” kata seorang pakar lain, Profesor Meekan dari Institut Sains Marin  Australia.

Kajian terdahulu juga me­nunjukkan bahawa ikan pemangsa itu memakan satu sama lain sejak lebih ribuan tahun dahulu.

Pemeriksaan najis fosil yang diambil daripada spesies orthacanthus iaitu jerung yang berenang di lautan sekitar 300 juta tahun lalu mendapati ia mengandungi fosil gigi anak  jerung. – Agensi


SUMBER:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... epas-badan-dimakan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pedihnyaaaa..luka besar,kena air garam pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 07:00 PM | Show all posts
cannibalism.
ketika masih embrio dlm perut pun jerung ni makan adik beradik sendiri... sebelum lahir lg dah berkonsepkan survival of the fittest.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.606449 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list