CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 3-2-2022 11:34 AM | Show all posts
KERING
Ecah menyapu dedaun kering di halaman rumahnya.

KUMBAHAN
Kumbahan ialah sisa buangan bawaan air, sama ada terlarut atau terampai, yang hendak dibuang daripada suatu masyarakat

KUNJUNGAN
Kunjungan Yg. Berhormat Menteri ke Hospital baru itu berjalan dengan lancar.

KERLINGAN
Kerlingan jejaka itu amat mendebarkan

KUNTUM
harga sekuntum bunga ros segar adalah RM15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Kering
Rumah arwah Pak Latip sudah lama terbiar sehingga lamannya kini dipenuhi rumput dan daun-daun kering.

2) Kumbahan
Sistem pengairan dan kumbahan yang diselia dengan baik menjadikan bandar tersebut selesa didiami.

3) Kunjungan
Situasi pandemik menyebabkan aktiviti kunjungan ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai menjadi sangat terbatas.

4) Kerlingan
Malik yang leka berbual-bual di belakang kelas terus terdiam sebaik terpandang kerlingan mata Cikgu Nadia.

5) Kuntum
Omar menghadiahkan lima puluh kuntum mawar kepada isterinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2022 07:49 PM | Show all posts
holaaaa....

buat ayat berdasarkan peribahasa ini ( satu peribahasa +10)

1) Seperti mengajar itik berenang

2) Seperti kera mendapat bunga

3) Seperti ayam berak kapur

4) Seperti cacing kepanasan

5) Seperti katak dibawah tempurung

** 1 peribahasa 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 09:27 PM | Show all posts
1) Seperti mengajar itik berenang
Jika anda mengajar Chef Wan cara yang betul untuk memasak, seperti anda mengajar itik berenang.

2) Seperti kera mendapat bunga
Shira melompat kegembiraan seperti kera mendapat bunga bila mendapat cincin berlian dari suaminya.

3) Seperti ayam berak kapur
Saiful seperti Ayam berak kapur selepas terperanjat selepas kehilangan wang akibat ditipu scammer.

4) Seperti cacing kepanasan
Rafizi tiba tiba seperti seperti cacing kepanasan bila menyedari isterinya mengetahui tentang kecurangannya.

5) Seperti katak dibawah tempurung
Kita seharusnya banyak membaca dan bercampur gaul dengan ramai orang supaya tidak dikatakan seperti katak di bawah tempurung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 10:42 PM | Show all posts
1) Seperti mengajar itik berenang
Selama ini Salleh umpama seperti mengajar itik berenang kepada Aziz sedangkan Aziz adalah seorang arkitek bertauliah.

2) Seperti kera mendapat bunga
Kelakuan Azmi seperti kera mendapat bunga kerana langsung tidak menghargai hadiah kecemerlangan yang diterimanya dari syarikat.

3) Seperti ayam berak kapur
Lili diarahkan balik ke rumah kerana mukanya seperti ayam berak kapur kerana banyak kali muntah.

4) Seperti cacing kepanasan
Amir seperti cacing kepanasan kerana takut ditangkap polis akibat perbuatannya menjual air ketum.

5) Seperti katak dibawah tempurung
Ilmu tentang teknologi mestilah belajar dari muda agar kita tidak seperti katak dibawah tempurung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 11:56 PM | Show all posts
Idris seperti mengajar itik berenang apabila mengajar Lan berenang kerana Lan adalah seorang penyelam

Zaleha seperti kera mendapat bunga apabila menolak pemberian telekung dari suaminya

Muka Zizi pucat seperti ayam berak kapur kerana keracunan makanan

Isaac berpeluh seperti cacing kepanasan sementara menunggu hasil ujian covid

Kita perlukan ilmu dalam kehidupan supaya tidak hidup seperti katak di bawah tempurung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-2-2022 02:03 PM

1) {Seperti mengajar itik berenang}
Perbuatan Amir menunjukkan kepada Bakri cara menukar bateri kereta tak ubah seperti mengajar itik berenang kerana Bakri sebenarnya seorang mekanik.

2) {Seperti kera mendapat bunga}
Camelia yang tidak pandai bermain alat muzik terpinga-pinga seperti kera mendapat bunga apabila menerima hadiah piano daripada bapanya.

3) {Seperti ayam berak kapur}
Muka penjenayah itu seperti ayam berak kapur apabila ditangkap oleh polis bersama barang bukti di tangan.

4) {Seperti cacing kepanasan}
Daim seperti cacing kepanasan apabila disoal bertubi-tubi oleh bakal bapa mertuanya.

5) {Seperti katak di bawah tempurung}
Emma tidak tahu-menahu perkembangan semasa di dalam negara, tak ubah seperti katak di bawah tempurung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 08:52 PM | Show all posts
1. Seperti mengajar itik berenang
Kesungguhan Maria mengajar Linda memasak agak menghiburkan peminat kerana Linda sendiri merupakan seorang Chef yang terkemuka. Tidak ubah seperti mengajar itik berenang, begitu antara komen di laman sosial.

2. Seperti kera mendapat bunga
Tindak tanduk YB Anuar setelah memenangi kerusi ADUN di kawasannya tidak ubah seperti kera mendapat bunga, menyebabkan para pengundi tidak mahu lagi memilihnya pada pilihanraya akan datang.

3. Seperti ayam berak kapur
Muka Jamil pucat lesi seperti ayam berak kapur bila menyedari kehilangan wang di dalam akaunnya.

4. Seperti cacing kepanasan
Kamal seperti cacing kepanasan bila isterinya berjaya menghidu perbuatan curangnya.

5. Seperti katak di bawah tempurung
Sepanjang hidup Ahmad, dia tidak pernah keluar dari kampungnya. Kehidupannya seperti katak di bawah tempurung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 07:39 AM | Show all posts
1) Seperti mengajar itik berenang
Dia mengajar pakar IT tu seperti mengajar itik berenang...

2) Seperti kera mendapat bunga
Habis jahanam hadiah itu, seperti kera mendapat bunga dibuatnya...

3) Seperti ayam berak kapur
Terkebil-kebil dia seperti ayam berak kapur apabila dimarah...

4) Seperti cacing kepanasan
Seperti cacing kepanasan dia bila disua soalan cepu emas itu...

5) Seperti katak dibawah tempurung
Dia seperti katak di bawah tempurung kerana tidak pernah ke luar negara...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 07:12 PM | Show all posts
SEPERTI MENGAJAR ITIK BERENANG
aziz  seperti mengajar itik berenang pada khai yg sudah arif tentang menbaiki radio itu

SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA
tingkah laku azi seperti kera mendapat bunga bila terima hadiah dari secret admire

SEPERTI AYAM BERAK KAPUR
sejak balik dari bercuti ali seperti ayam berak kapur je

SEPERTI CACING KEPANASAN
dia seperti cacing kepanasan setelah menerima panggilan telepon sebentar tadi

SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG
ali tidak pandai menggunkan computer seperti katak bawah tempurung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 09:13 PM | Show all posts
holaaaa....

buat ayat berdasarkan peribahasa ini ( satu peribahasa +10)

1) Bagai bunyi cempedak jatuh

2) Bagai kumbang putus tali

3) Bagai mural tercabut ekor


4) Seperti abu di atas tunggul

5) Seperti embun di hujung rumput


** 1 peribahasa 1 ayat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 09:48 PM | Show all posts
1) Bagai bunyi cempedak jatuh
Munir terjatuh dari pokok mangga di tepi rumah bagai bunyi cempedak jatuh.

2) Bagai kumbang putus tali
Pencuri tabung masjid itu sempat melarikan diri bagai kumbang putus tali apabila dikejar penduduk kampung.

3) Bagai mural tercabut ekor
Cikgu Fatimah memarahi anak-anak muridnya bagai murai tercabut ekor kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

4) Seperti abu di atas tunggul
Kedudukan Daniel dalam syarikat seperti abu di atas tunggul setelah kegagalannya mendapatkan projek baru dari kerajaan.

5) Seperti embun di hujung rumput
Cinta Taufik kepada isterinya seperti embun di hujung rumput apabila dia berkahwin lagi seorang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 10:28 PM | Show all posts
Terdengar bunyi terhempas dari tingkat atas bangunan bagai bunyi cempedak jatuh


Saleha berasa lega selepas diceraikan bagai kumbang putus tali

Rancangan memasak Chef Wan tidak bosan ditonton kerana celoteh beliau bagai murai tercabut ekor


Golongan pekerja kontrak di semua agensi pekerjaan seperti abu di atas tunggul kerana kedudukan tidak tetap dan tidak terjamin



Perhubungan pasangan kekasih seperti embun di hujung rumput kerana tidak semuanya berakhir di jinjang pelamin




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2022 09:59 AM | Show all posts
holaaaa...

keyword hari ini

1) Langgar

2) Lembik

3) Lumpuh

4) Licin

5) Longgar

** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid sehingga ada keyword baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:47 AM | Show all posts
1) Langgar
Satu video tular kes langgar lari antara kereta dan motorsikal.

2) Lembik
Seharian Sofea tidak makan kerana siapkan tugasan hingga badannya jadi lembik tidak bermaya.

3) Lumpuh
Syafiq lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar tahun lalu.

4) Licin
Waktu hujan keadaan jalanraya agak licin dan berbahaya.

5) Longgar
Banyak sekatan kini sudah pun longgar dan ia menggembirakan rakyat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 02:08 PM | Show all posts
1) Langgar
Langar lampu merah merupakan satu kesalahan

2) Lembik
Dia rasa tak larat, habis lembik kaki nak berjalan

3) Lumpuh
roslan mengalami sakit lumpuh setelah terlibat dengan kemalangan

4) Licin
Hujan lebat jalan raya jadi  sangat licin

5) Longgar
Roda basikal kena longgarkan skru baru lah senang buka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 05:32 PM | Show all posts
1) Langgar
pemandu jalan raya suka melanggar lampu merah dan menyebabkan kemalangan

2) Lembik
pisang yg lembik dan separa masak sedap dibuat cekodok

3) Lumpuh
akibat kemalangan tempoh hari,ali lumpuh separuh badan

4) Licin
jalan raya selalunya licin selepas hujan

5) Longgar
seluar yg dibeli adik sedikit longgar kerana tersilap ambil size

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 09:21 PM | Show all posts
1) Langgar
Seorang lelaki tua cedera parah dalam kejadian LANGGAR lari dan dikejarkan ke klinik berdekatan.

2) Lembik
Aduh kecewa sungguh bila kuih tepung talam yang saya buat tadi agak LEMBIK dan susah untuk dipotong.

3) Lumpuh
Mak Esah terus setia menjaga dan menguruskan suaminya yang LUMPUH sejak 10 tahun lepas.

4) Licin
Jalanraya menjadi agak LICIN dan membahayakan penunggang motosikal selepas hari hujan.

5) Longgar
Setelah setahun mengamalkan pemakanan sihat, banyak baju menjadi LONGGAR.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:47 PM | Show all posts
Filem Langgar dibintangi oleh Ady Putra sebagai teraju utama

Anak dara Senah masak nasi lembik kerana terlebih sukatan air

Shahronizam menjadi lumpuh selepas kemalangan

Tudung kain jenis satin sangat licin dan susah dibentuk

Kelonggaran setelah berakhirnya PKP diambil mudah oleh segelintir rakyat


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 08:22 AM | Show all posts
1.  Saksi kejadian diminta melaporkan kemalangan itu ke balai polis berdekatan bagi memudahkan polis mengesan pelaku langgar lari.

2.  Pengguna yang mengalami masalah ketupat Adabi lembik setelah dimasak boleh membuat aduan secara DM di media sosial Adabi.

3.  Zahari lumpuh sebelah kanan anggota badan sejak diserang angin ahmar pada tahun 2006.

4.  Dalam tempoh tidak sampai tiga jam, semua empat tan durian yang dijual, licin dibeli pengunjung.

5.  Tidak wajar longgar SOP ketika kes meningkat.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.210456 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list