CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 28-1-2022 03:51 PM | Show all posts
1) FazuraPelakun fazura mula dikenali ramai setelah belakun dalam filem gol dan gincu.

2) Farah Lee
Muka seorang kenalan seiras dengan Farah Lee.

3) Fizz Fairuz
Fizz Fairuz telah berjaya membawa watak orang tua dengan berkesan.

4) Fazley
Penyanyi Fazley merupakan penyanyi yang terawal terkeluar dalam rancangan Gegar Vaganza.

5) Fiza Halim


Fiza Halim pernah berkahwin dan penyanyi Adam AF.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Fazura
Fazura memiliki seorang anak perempuan yang bernama Fatima

2. Farah Lee
Farah Lee merupakan bekas isteri Pengacara Ally Iskandar

3. Fizz Fairuz
Fizz Fairuz adalah antara pelakon yang membintangi drama Nur Kasih

4. Fazley
Asmara Ini adalah lagu nyanyian Dato' Fazley

5. Fiza Halim
Fiza Halim pernah menyertai kumpulan nyanyian wanita iaitu Elite

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
1) Fazura
Gandingan Fazura bersama Maya Karin dalam filem Pisau Cukur mendapat pujian ramai.

2) Farah Lee
Kesungguhan Farah Lee menyambung pengajian ketika anak masih kecil menjadi inspirasi ramai wanita sepertinya.

3) Fizz Fairuz
Fizz Fairuz berjaya membawakan watak Ustaz Aidil dengan begitu baik sekali.

4) Fazley
Sahabat saya merupakan peminat setia penyanyi Fazley Yaakob.

5) Fiza Halim
Pelakon Fiza Halim pernah mengganggotai kumpulan Elite.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Fazura isteri kepada Fattah Amin

Farah Lee mendapat hak penjagaan anak

Fizz Fairuz mendapat gelaran Dato

Fazley tidak berjaya mara ke pusingan akhir Gegar Vaganza

Fiza Halim pernah berkahwin tiga kali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 03:07 PM | Show all posts
holaa...

keyword hari ini

1) Gagau

2) Gelap

3) Gadai

4) Ganyang

5) Galak

** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid selagi belum ada yang baru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 06:08 PM | Show all posts
1. Gagau
Perkataan gagau boleh dimaksudkan sebagai mencari sesuatu dalam keadaan meraba-raba.

2. Gelap
Johan telah lama terjebak di dalam kegiatan kongsi gelap tanpa disedari oleh isterinya.

3. Gadai
Pajak gadai Islam telah dipelopori oleh Ar-Rahnu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

4. Ganyang
Kempen Ganyang Malaysia dilancarkan oleh Indonesia semasa konfrontasi membantah penubuhan negara kita.

5. Galak
Farah dikenali sebagai seorang gadis yang bermata galak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2022 07:13 PM | Show all posts
1) Gagau
Gagau Ani mencari jawapan sementelah lelaki yang mirip bekas suaminya itu masih berdiri di hadapannya.

2) Gelap
Malam semakin gelap namun bintang-bintang yang berkerlipan memberi sedikit sinar

3) Gadai
Kedai pajak gadai itu bersebelahan dengan bangunan tiga tingkat.

4) Ganyang
Indonesia pernah mengisytiharkan "Ganyang Malaysia' ketika berlakunya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia

5) Galak
Aminah semakin galak ketawa bila sahabatnya menceritakan kisah-kisah lucu sambil membuat aksi jenaka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 10:47 PM | Show all posts
1) Gagau
Gagau ikan dalam lopak air di sawah padi menjadi rutin buat Saiful di pagi jumaat.  

2) Gelap
Langit semakin gelap seolah-olah hendak hujan.

3) Gadai
Kedai pajak gadai Ah Tong satu-satunya yang ada di pekan kecil itu.

4) Ganyang
Sejarah 'Ganyang Malaysia' berlaku apabila Tunku Abdul Rahman merosakkan rancangan Presiden Soekarno yang ingin menubuhkan Indonesia Raya iaitu gabungan Indonesia, Malaysia dan Brunei.

5) Galak
Suraya hanya melihat sahaja kawannya Rina semakin galak mematahkan pokok bunga rumah jiran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 11:53 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 31-1-2022 12:18 AM

1.  Saya pɛrlukan lapan tan udang gagau bagi menghasilkan produk bɛlacan
2.  Bulan gelap menerangkan keadaan Bulan ketika ia tidak kelihatan akibat berada selari dengan Matahari
3.  Pembiayaan Ar-Rahnu merupakan Kemudahan Pajak Gadai Islam jangka pendek yang memberikan kemudahan tunai secara segera kepada pelanggan
4.  Pada 25 September 1963, Presiden Sukarno mengumumkan kempen 'ganyang Malaysia!' sebagai bantahan kepada penubuhan negara kita
5.  Syarikat penerbangan baharu galak persaingan sihat, kata pakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak Minah mengagau mencari lampu suluh di dalam kegelapan rumah yang terputus bekalan elektrik.

Hidup tanpa Al-Quran dan sunnah Nabi bererti hidup dalam kegelapan

Riz mengadai barang emas isterinya untuk berjudi

Rina menganyang perempuan yang cuba memikat suaminya

Kerajaan mewajibkan dos pengalak pada rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 11:56 AM | Show all posts
FAZURA
fazura merupakan salah seorg pelakon wanita terbaik di Malaysia

FARAH LEE
Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan Farah Lee, bukan seorang selebriti yang mencipta nama di persada seni tanah air.

FIZZ FAIRUZ
fizz faizuz juga merupakn salah seora pelakon yg terbaik ditahun 90 an

FAZLEY
Dato' Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob ada lah seorg chef dan juga penyanyi

FIZA HALIM
Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim (lahir 18 Ogos 1981) atau lebih dikenali sebagai Fiza Halim ialah
salah seorg anggota kumpulan Elite

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Gagau
Hana menggagau mencari kunci kereta yang diletakkan di dalam beg tangannya tadi.

2) Gelap
Persimpangan di hadapan rumah Haji Ishak bertambah gelap sejak satu-satunya lampu yang menerangi kawasan itu rosak secara tiba-tiba semalam.

3) Gadai
Jijah bersyukur kerana dapat menebus semula barang kemas yang digadai sebelum ini.

4) Ganyang
Kehebatan pasukan elit Malaysia menjadikan mereka dengan mudah dapat mengganyang musuh.

5) Galak
Semenjak dari tadi matanya begitu galak memerhatikan ikan-ikan yang berenang di dalam kolam di hadapannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 02:25 PM | Show all posts
Edited by novelloverzz at 30-1-2022 09:37 PM

holaa...

keyword hari ini

1) Hamis

2) Hegeh

3) Hiba

4) Hijrah

5) Homoseksual

** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid selagi belum ada yang baru


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 03:33 PM | Show all posts
1) Hamis
Kambing walaupun baunya hamis tetap ramai yang suka makan.

2) Hegeh
Kalau sudah orang tidak sudi kita pun tidak perlu terhegeh-hegeh.

3) Hiba
Entah kenapa hati merasa hiba melihat kehidupan anak yatim piatu itu yang tidak terurus.

4) Hijrah
Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah untuk mengembangkan syiar Islam.

5) Homoseksual
Berita homoseksual semalam mengundang kecaman dari rakyat Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 09:43 PM | Show all posts
Hamis daging kambing dapat dihilangkan dgn mencucinya dgn tepung gandum.

Maryam terhegeh-hegeh bila dipanggil guru disiplin

Hati hiba bila mengenangkan diri yang dianiaya ahli keluarga

Siti berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki

Golongan homoseksual semakin meningkat setiap tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 08:23 AM | Show all posts

1.  Tak semua daripada kita sukakan daging kambing dan rata-rata bagi alasan bau daging kambing ni agak hamis sikit
2.  Bersatu tidak akan terhegeh-hegeh jika Umno enggan bersama Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang
3.  Hiba hati saya mendengar khabar tragedi semalam yang mengorbankan 10 nyawa akibat kemalangan
4.  Pengertian hijrah secara terminologis ialah bermakna meninggalkan sesuatu atas dasar untuk melakukan taqorrub (mendekatkan diri) kepada Allah
5.  Sebanyak 310000 golongan homoseksual dicatatkan pada tahun ini berbanding 173000 orang yang dicatatkan pada 2013

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 09:32 AM | Show all posts
1) Hamis
Daging kambing kebiasaanya berbau hamis namun jika betul cara menyucikannya, bau itu boleh dihilangkan.

2) Hegeh
Usah terhegeh hegeh pada orang yang tidak sudi kelak nanti merana diri.


3) Hiba
Sedih, sayu dan hiba rasa hati melihat kesabaran seorang anak saudara yang sanggup menjaga ibu saudaranya yang sakit dan tidak boleh berjalan lagi.

4) Hijrah
Pada malam peristiwa Hijrah, rumah Rasulullah SAW telah dikepung oleh 11 orang pembesar Quraisy yang gagah perkasa dengan bertujuan untuk membunuh baginda.

5) Homoseksual
Golongan homokseksual adalah golongan yang mengamalkan aktiviti seksual songsang dan tidak berlandaskan kepada fitrah manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2022 11:22 AM | Show all posts
holaaaaa

keyword hari ini

1) Ingkar

2) Ibarat

3) Ikan

4) Ikhlas

5) Imbas

** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid sehingga keyword baru UP
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 12:07 PM | Show all posts
1. Ingkar
Jamil telah dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan.

2. Ibarat
Hubungan mereka adik beradik ibarat retak menanti belah.

3. Ikan
Azam cukup berang bila dia dituduh menyimpan anak ikan oleh peminatnya.

4. Ikhlas
Suraya tidak pasti sama ada Johan benar-benar ikhlas untuk memperisterikannya.

5. Imbas
Jika dilihat sekali imbas rupa Iman saling tidak tumpah seperti kakaknya Intan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Ingkar
Seorang isteri janganlah mengINGKARi perintah suaminya.

2) IBARAT
Saiful dimarahi oleh penyelianya kerana suka membuat kerja IBARAT melepaskan batuk di tangga.

3) Ikan
Banyak juga IKAN yang berjaya dipancing oleh suami walaupun hanya suka suka saja.

4) Ikhlas
Setiap derma dan sedekah yang kita beri biarlah IKHLAS dari hati.

5) Imbas
Sekarang kita dimestikan untuk IMBAS Mysejahtera setiap kali memasuki premis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.208982 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list