CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 1

[Terengganu] Mangsa banjir hilang MyKad tak perlu lapor polis

[Copy link]
Post time 25-11-2021 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 25-11-2021 09:29 AM

Mangsa banjir hilang MyKad tak perlu lapor polis

Baharom Bakar
am@hmetro.com.my



MyKad. FOTO HIASAN



Kuala Terengganu: Mangsa banjir yang kehilangan Mykad dan sijil kelahiran dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dikecualikan mengemukakan laporan polis untuk permohonan gantian.



Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (PJN) negeri, Mohamad Nasir Kareem berkata, mangsa banjir yang kehilangan dokumen itu juga dikecualikan daripada dikenakan denda ketika mengemukakan permohonan untuk gantian.



Katanya, JPN negeri akan menghantar dua pasukan untuk memudahkan mangsa banjir membuat permohonan gantian Mykad dan sijil lahir yang hilang dan rosak.



"JPN akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk menguruskan semua permohonan gantian dokumen yang hilang dan rosak disebabkan bencana banjir," katanya kepada media selepas Temu Mesra Bersama Agensi dan Media di Primula Beach Resort, di sini, hari ini.



Mengulas mengenai tempoh proses permohonan, Mohamad Nasir berkata, semua permohonan gantian dokumen yang dikemukakan akan siap sebelum mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.



Katanya, proses permohonan MyKad baharu yang dibuat melalui unit berkenaan akan siap dalam tempoh 24 jam.



"Penyerahan permohonan gantian dokumen yang hilang dan rosak akan diserahkan kepada mangsa banjir sebelum mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.



"JPN tidak akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan dokumen kerana semua maklumat permohonan sudah ada dalam sistem," katanya.

Disiarkan pada: November 25, 2021 @ 9:04am

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 12:26 PM | Show all posts
"JPN tidak akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan dokumen kerana semua maklumat permohonan sudah ada dalam sistem," katanya.


harap perluaskanlah kemudahan nie...xyah lah org2 kg...yg tua2 p merangkak ke jpn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.574650 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list