CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Borneo] JPJ Mula Jalankan ‘Roadblock’ Bermula Esok Di Seluruh Negara

[Copy link]
Post time 23-11-2021 11:07 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui sekatan jalan raya akan dibuat di beberapa lokasi terpilih.

Katanya, ia berikutan masih ramai yang gagal memiliki perlindungan insuran kenderaan digunakan.

Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika ditahan di sekatan jalan raya.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak lebih RM1,000 dan lesen boleh digantung selama 12 bulan.

“Sepanjang Ops Sedar dilaksanakan di lapangan, JPJ akan menyediakan kemudahan Mobile JPJ bagi memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu secara terus.

“JPJ tidak ada menerima arahan kelonggaran penangguhan bayaran pembaharuan kedua-dua dokumen itu yang berakhir jam 12 tengah malam pada 31 Disember ini,” katanya. -BH Online


sabahpost.net/2021/11/23


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.052134 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list