CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1291|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 3 lelaki maut dua kereta terbabit nahas di lebuh raya

[Copy link]
Post time 22-11-2021 01:12 PM | Show all posts |Read mode
3 lelaki maut dua kereta terbabit nahas di lebuh raya

Oleh Ahmad Hasbi - November 22, 2021 @ 10:03ambhnews@bh.com.my




Keadaan sebuah kereta yang terbabit dalam nahas mengorbankan tiga lelaki di lebuh raya dekat Seremban, awal pagi tadi



SEREMBAN: Tiga lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer (KM) 268 Lebuhraya Utara- Selatan arah utara, berhampiran susur keluar Plaza Tol Ainsdale, dekat sini, awal pagi tadi.



Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, kereta Honda Accord dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan lalu merempuh kereta Perodua Bezza.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata ketika kejadian kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke arah Kuala Lumpur.



"Siasatan mendapati kereta Honda Accord yang dipandu seorang remaja berusia 18 tahun bersama dua penumpang bergerak lurus ke arah Nilai.



"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan berkenaan hilang kawalan sehingga melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya sebelum berpusing dan melanggar Perodua Bezza yang dipandu di lorong kiri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Mohd Said berkata, Perodua Bezza dipandu seorang pemuda berusia 20 tahun bersama dua penumpang.



"Akibat kemalangan, penumpang hadapan Honda Accord, seorang lelaki berusia 20 tahun dan penumpang hadapan serta penumpang belakang Perodua Bezza masing-masing berusia 20 tahun parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.



"Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat, manakala tiga lagi mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan," katanya.



Katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya mendapat panggilan mengenai kemalangan itu jam 2.13 pagi.



"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi serta dibantu anggota dari BBP Senawang.



"Kemalangan membabitkan dua kereta. Tiga lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis," katanya.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.244410 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list