View: 2991|Reply: 21
|
Rider Tak Serik Langgar Lampu Merah, Kan Dah Kena Sondol!
[Copy link]
|
|
Kecuaian dengan sengaja melanggar lampu isyarat mampu mengundang bahaya buat semua pengguna jalan raya.
Menerusi satu hantaran Chester Chong di Facebook, beliau memuat naik satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan satu kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah kereta.
Klip video berdurasi satu minit 20 saat itu menunjukkan, kejadian malang itu bermula apabila penunggang motosikal yang juga penghantar makanan itu melanggar lampu isyarat yang bewarna merah sebelum dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah belakang.
Tangkap layar memaparkan seorang penunggang motosikal melanggar lampu isyarat sebelum dilanggar sebuah kereta.
Namun, masa serta lokasi sebanar kemalangan tersebut berlaku tidak dapat dipastikan.
Rata-rata orang ramai dilihat berang dengan tindakan penunggang motosikal itu yang sengaja mencari nahas.
“Kebodohan yang dipilih, bila kemalangan, buat muka kesian, cari makan dekat anak dan isteri. Habis orang lain cari apa, cari penyakit ke.
“Saya dah banyak kali jumpa jenis macam ini, bila ditegur ditengkingnya kita. Anak muda semakin menjadi sampah,” kata Fakir Ahmad.
“Terang-terang lampu isyarat tengah sibuk, suka juga nak langgar lampu isyarat. Kadang tak fahan dengan penghantar makanan muda-muda ini,” jelas Shamsuri Wahab.
Sementara itu, Sinn Dhamm berkata, masih ramai penunggang motosikal yang tidak mahu ambil iktibar atas kejadian-kejadian sebegitu.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yang bersikap macam tu tegurkan dia pulak nak warning kita. Bila kemalangan kan dah susahkan orang lain akibat perbuatannya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
yg ak pelik rider2 fp/grab ni bwk motor xde lesen ke, or cukai motor mati. ak perhatikan klu ada area buat roadblock, msti ada rider dok lepak2 tepi jln sebelum ke area roadblock. bkn wajib ke lesen dgn cukai motor klu nk apply jd rider. |
|
|
|
|
|
|
|
apabila penunggang motosikal yang juga penghantar makanan itu melanggar lampu isyarat yang bewarna merah sebelum dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah belakang.
macam mana boleh rempuh dari arah belakang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku mmg regular trafic light tu. Mmg aku langgar lampu merah. Tapi kalau jln yg aku tak biasa. Aku tunggu sampai hijau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rider FP/GF ni aku tgk memang majority akan langgar traffic light, kalau traffic light kita hijau kita pulak yang macam seolah2 wajib bagi dia yang lampu merah jalan dlu. Diorang ni igt hantar makanan ni macam bawak ambulans kot, kenderaan lain sme wajib kena bagi lalu |
|
|
|
|
|
|
|
Dh ttonggeng pandai lak meratip mintak sumbangan seikhlas hati kt group2 rider sinun. Slow2 suda. Biar lambat asal selamat. Tambah2 kalo ko wat mende ni full time. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga memberi keinsafan daripada terus menjadi bangsat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu sangat depa ni.. selit antara orang lain punya split second lampu merah & lampu merah (sebelum jadi hijau) pun selalu gak depa sondol. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini malang yang berbau. Lain kali jangan langgar lampu merah ya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kebodohan yang dipilih, bila kemalangan, buat muka kesian, cari makan dekat anak dan isteri. Habis orang lain cari apa, cari penyakit ke."
Statement tak boleh blahhh |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu. rider tu belok, tp traffic light hijau tu kat simpang kiri rider, misalnye. tu yg rider tu dirempuh dari belakang. rider ni kan langgar lampu merah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng2 riderr niee mmg bawak ikott sukaa hati diaa jerr.. Signal pon xbagi kdg2. Lawan aruss langgar lampu merah tu xyah cakap laa mmg wajib dhh diorang bt. Kadang2 kitaa pulakkk yang duk risau kat diorang.. Bila kita tekan hon diaa jeling pulak kt kitaa. |
|
|
|
|
|
|
|
bawak laju, motor ekzos bunyi deraih taw dah la puak2 ni, padan laa muka eksiden.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by raxief at 23-11-2021 02:11 PM
kena tengok video tu, kereta tu dari arah kiri, rider tu dari jalan tengah, dia langgar lampu merah & belok ke kanan.. kereta dari kiri tu mmg nk terus (ke kanan kalau dari sudut rider).. so kereta tu jadi berada di belakang rider la masa perlanggaran |
|
|
|
|
|
|
|
itu lepas tengok video.
ayat wartawan tu kereta datang dari arah belakang macam they were both going the same way. They were not.
patut cakaplah kereta datang dari arah kiri. Which part yang kena hentam tu tak payah mention.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik ada video.
ayat wartawan tak boleh pakai.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila dh nama naik moto..dilanggar sakit melanggar pun sakit..jd hati2 lah korang semua |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun paham sbb dh tengok video ni semalam, kat ig
|
|
|
|
|
|
|
| |
|