CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 0

Wanita dakwa telur dari ovari dicuri makhluk asing

[Copy link]
Post time 21-11-2021 10:32 AM | Show all posts |Read mode

Rejoice berkongsi pengalaman diculik makhluk asing menerusi akaun TikTok miliknya. - TikTok

Wanita dakwa telur dari ovari dicuri makhluk asing

WASHINGTON – Seorang wanita mendakwa bahawa dia pernah diculik oleh sekumpulan makhluk asing yang turut mengeluarkan tiga telur dari ovarinya untuk digunakan bagi menghasilkan ‘bayi hibrid’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sheera Lumira Rejoice, berkongsi pengalaman tersebut menerusi akaun TikTok milkinya dan mengimbau kembali kunjungan makhluk asing ke rumahnya pada 2018.

Menerusi klip pendek itu, Rejoice mendakwa bahawa dia mempunyai parut, kesan daripada proses pengambilan telurnya selain turut mempunyai imej ujian ‘ultrasound’ bagi membuktikan dakwaan tersebut.

“Saya sedang berbaring di atas sofa di kondominium saya. Saya kemudiannya tertidur dan tiba-tiba berasa seperti lumpuh.

“Saya berada dalam keadaan kaku dan tidak mampu menggerakkan badan. Saya melihat ke arah pintu dan ternampak satu kelibat seperti manusia yang kelihatan seperti holografik,” katanya.

Rejoice kemudiannya mendapati bahawa kakinya berada dalam keadaan terbuka. Dia bagaimanapun tidak menyedari telurnya diambil sehinggalah dia berjumpa dengan seorang ‘bomoh’ yang membantu memulihkannya.

“Lelaki itu (bomoh) memberitahu saya bahawa saya mempunyai tiga bayi hibrid,” katanya.

Netizen yang menonton video tersebut kemudian membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pendapat.

“Anda mungkin hanya mengalami lumpuh ketika tidur, ia sering berlaku apabila anda tidur secara terlentang,” komen seorang netizen. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... curi-makhluk-asing/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058376 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list