CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1438|Reply: 1

Mulianya hati rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 19-11-2021 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 19-11-2021 10:48 PM

Mulianya hati rakyat Malaysia

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


Seramai 300 wakil keluarga yang berdepan krisis kebuluran menerima sumbangan makanan daripada MCM. FOTO NSTP



Kabul: "Mata saya tidak mampu melihat namun saya dapat mendengar rintihan anak-anak menangis kelaparan," ujar seorang lelaki cacat penglihatan Mohd Wahid Soleh Muhammad, 45.



Dia yang menetap di daerah Paghman, pinggir bandar Kabul di sini, hanya mampu menangis tatkala lima anaknya kebuluran terpaksa menahan lapar sepanjang hari.



"Sebelum ini saya menerima bantuan bulanan dari kerajaan sebanyak Afghan Afghani (AFN) 5,000 sebulan (RM228 ). Namun kini tiada bantuan kewangan diterima selepas kerajaan bertukar tangan sejak Ogos lalu.



"Tiada apa yang mampu saya lakukan dalam keadaan cacat penglihatan. Malah untuk bergerak pun saya terpaksa menggunakan tongkat atau dipimpin," katanya.



Dia antara 300 penerima bantuan 'bakul makanan' disumbangkan pertubuhan Muslim Care Malaysia (MCM) dan Yayasan Amal Malaysia di padang sebuah sekolah di penempatan itu pagi semalam.



Pemberian bakul makanan itu adalah hasil sumbangan diperoleh MCM melalui kempen 'Care4Afghan' yang dilakukan bagi membantu rakyat Afghanistan sejak September lalu.



Mohd Wahid berkata, sumbangan makanan diterima itu adalah 'talian hayat' untuk keluarganya meneruskan kehidupan sepanjang musim sejuk ini.



"Terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin dan bersimpati terhadap nasib kami di negara ini," katanya.



Seorang lagi penerima bantuan yang juga lelaki cacat penglihatan, Abdul Walid Nur Mohd, 18, memberitahu terpaksa bergantung belas ehsan jiran untuk memberikannya makanan setiap hari.



Sementara itu, Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, pengagihan makanan dilakukan semalam mampu menampung kehidupan lebih 2,000 individu dan ahli keluarga masing-masing.



Menurutnya, sumbangan membabitkan pemberian tepung gandum seberat 50 kilogram, beras dan minyak masak hasil derma sepenuhnya dari rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib saudara seagama.



"Sumbangan ini khusus diberikan kepada golongan miskin, cacat anggota, anak yatim dan ibu tunggal yang amat memerlukan perhatian.



"Semoga segala amal soleh dan kebajikan dilakukan rakyat Malaysia akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT," katanya.



Semalam, MCM turut mengagihkan 300 bakul makanan kepada 1,500 penerima di kawasan penempatan Pulicharkhi di sini.



Disiarkan pada: November 19, 2021 @ 12:33pm

credit






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2021 10:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057784 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list