CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1369|Reply: 0

Manuskrip Perlembagaan AS dilelong AS$43 juta

[Copy link]
Post time 19-11-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 19-11-2021 02:44 PM

Manuskrip Perlembagaan AS dilelong AS$43 juta

November 19, 2021 @ 12:28pm



Manuskrip asal Perlembagaan Amerika Syarikat yang dilelong Sothey's menerima bidaan AS$43 juta (RM180 juta). - Foto AGENSI



NEW YORK: Manuskrip asal Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) yang amat sukar ditemui dilelong semalam pada bidaan AS$43 juta (RM180 juta), sekali gus mencipta rekod dunia, menurut Sotheby's.



Ia adalah salah satu daripada hanya 11 salinan asli Perlembagaan AS diketahui masih wujud, yang ditandatangani pada 17 September 17 1787 di Independence Hall, Philadelphia.



Pengasas AS termasuk George Washington, Benjamin Franklin dan James Madison menurunkan tandatangan masing-masing pada dokumen berkenaanm, yang diratifikasi pada tahun berikutnya.



Pembida yang memenanginya tidak dapat dikenal pasti tetapi beliau berjaya mengatasi bidaan sekumpulan pelabur matawang kripto yang berjaya mengumpulkan AS$40 million (RM167 juta) untuk mendapatkan dokumen berkenaan.



Jurucakap Sotheby's berkata jualan itu, AS$43 juta (RM180 juta) termasuk komisyen, turut mencipta rekod dunia bagi lelongan dokumen bersejarah.



Pakar manuskrip dan buku antik di Sotheby's, Selby Kiffer, berkata dokumen berkenaan mungkin sebahagian daripada sejumlah 500 naskah yang dicetak sebelum majlis menandatanganinya diadakan.



"Ini adalah satu-satunya manuskrip asli Perlembagaan AS yang kini berada di tangan pemilik swasta," katanya. - AFP








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.295676 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list