CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1379|Reply: 0

Banjir di Kanada, British Columbia isytihar darurat

[Copy link]
Post time 18-11-2021 02:46 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA kawasan terjejas banjir di Sumas Prairie di Abbotsford, British Columbia. FOTO AFP s



Vancouver: Kerajaan British Columbia di Kanada mengisytiharkan darurat di wilayah Pasifik pada Rabu, berikutan banjir dan tanah runtuh akibat hujan ribut sejak beberapa hari lalu, lapor Xinhua.

Pengisytiharan itu dibuat Perdana Menteri British Columbia John Horgan pada sidang akhbar. "Hujan lebat, angin kencang, banjir sudah menjejaskan seluruh komuniti wilayah kami."

Pengisytiharan itu memberi pelbagai kuasa kepada wilayah itu untuk menyekat perjalanan keluar dan masuk dari zon banjir.

"Perintah itu akan mengekalkan akses asas kepada perkhidmatan dan bekalan untuk komuniti di seluruh wilayah," kata Horgan.

Beribu-ribu orang telah dipindahkan dari kediaman mereka dan seorang wanita disahkan meninggal dunia di selatan British Columbia.



"Dengan sedihnya, kami juga menjangka akan menerima lebih banyak laporan kematian dalam beberapa hari akan datang," kata Horgan.

Menurut Horgan beliau telah menghubungi Perdana Menteri Justin Trudeau, sambil menambah kerajaannya kini secara rasmi meminta bantuan Angkatan Tentera Kanada.

Menurut beliau, kerajaan Trudeau dan kerajaan tempatan Alberta, Saskatchewan dan Ontario telah menawarkan bantuan kepada wilayahnya.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 1:22pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.482190 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list