CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1125|Reply: 0

[Pulau Pinang] Juruterbang Hawk sempat keluar pesawat

[Copy link]
Post time 18-11-2021 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Juruterbang Hawk sempat keluar pesawat

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 18, 2021 @ 12:51pmbhnews@bh.com.my


Lokasi pesawat Hawk milik TUDM terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam kelmarin. - NSTP/DANIAL SAAD



BUTTERWORTH: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengendalikan pesawat pejuang Hawk 108, cuba menyelamatkan diri apabila sempat keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan awal mendapati pesawat dikendalikan dua juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Pangkalan Udara Butterworth bagi menjalani latihan penerbangan malam.

"Ia dilakukan di ruang udara Pangkalan Udara Butterworth dan sesi latihan berlangsung selama satu jam sebelum dilaporkan terhempas dan menyebabkan letupan.

"Kedua-dua juruterbang itu sempat keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal. Seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera," katanya.

Mohd Shuhaily ditemui media ketika Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam dekat sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM, Datuk Ramli Din.

Mohd Shuhaily berkata, siasatan lanjut kejadian dilakukan sepenuhnya oleh pihak TUDM.

"Laporan bedah siasat mendapati punca kematian juruterbang itu disebabkan pelbagai kecederaan berikutan kemalangan udara.

"Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut," katanya.

Beliau berkata, polis belum mengambil keterangan juruterbang yang terselamat kerana mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Dalam kejadian jam 10.07 malam kelmarin, sebuah pesawat Hawk milik TUDM dilaporkan terhempas ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan.

Insiden mengorbankan nyawa Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar, 33 cedera dan dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Jenazah Mohamad Affendi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, Pahang.

Dalam perkembangan lain, Ramli berkata, polis sentiasa menekankan infrastruktur balai sebagai tempat kerja anggota dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

"Bagaimanapun bajet yang ada diberikan keutamaan kepada mana yang lebih mendesak untuk dinaik taraf dengan mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.069410 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list