CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1402|Reply: 0

Apple mula benarkan pengguna baiki sendiri telefon

[Copy link]
Post time 18-11-2021 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Apple mula benarkan pengguna baiki sendiri telefon

November 18, 2021 @ 7:47am



Gambar hiasan. - Foto AGENSI



SAN FRANCISCO: Apple akan mula membenarkan pengguna membaiki sendiri peralatan yang dibeli daripada syarikat gergasi Lembah Silikon itu, yang dilihat sebagai kemenangan bagi penyokong 'hak membaiki'.

Pembuat iPhone dan komputer jenis Mac itu sekian lama hanya membenarkan juruteknik mereka sendiri di 'bar Genius' di kedai atau pusat servis yang bertauliah, di mana pemilik peranti perlu menunggu lama dan kos pula tinggi.

Menurut hantaran di Twitter @iFixit, yang menawarkan panduan pembaikan untuk pelbagai peranti, pihaknya sama sekali tidak menyangka Apple akan membenarkannya.

"Terdapat ada sedikit komplikasi, tetapi kami teruja melihat Apple mengakui perkara yang sudah kami ketahui iaitu semua orang cukup 'genius' (bijak) untuk membaiki iPhone," katanya.

Program Baik Pulih Layan Diri baharu Apple akan bermula di Amerika Syarikat (AS), menawarkan penjualan alatan dan alat ganti kepada mereka yang ingin membaiki telefon bimbit model iPhone 12 atau 13 yang rosak khususnya skrin, bateri dan kamera.

Menurut syarikat yang berpangkalan di Lembah Silikon itu, program sama akan dilancarkan di negara lain sepanjang tahun depan dan diperluaskan untuk komputer Mac juga.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Jeff Williams, berkata mencipta akses lebih besar kepada alat ganti tulen Apple memberikan pelanggan lebih banyak pilihan jika peranti perlu dibaiki.

"Dalam tiga tahun yang lalu, Apple menggandakan bilangan lokasi perkhidmatan dengan akses kepada alat ganti, alatan dan latihan tulen Apple.

"Kini kami menyediakan pilihan untuk mereka yang ingin membaik pulih peranti mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Langkah itu dibuat ketika Apple menghadapi kritikan dan tindakan undang-undang berhubung kawalan ketatnya terhadap 'ekosistem', daripada perkakasan iPhone kepada aplikasi yang dibenarkan pada telefon bimbit.

Undang-undang yang menetapkan hak orang ramai untuk dapat membaiki barang yang mereka beli sudah meraih momentum di seluruh AS dan pada peringkat kerajaan Persekutuan. - AFP







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062953 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list