CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 2

[Borneo] AstraZeneca, CoronaVac diluluskan bersyarat sebagai dos penggalak

[Copy link]
Post time 18-11-2021 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak COVID-19 kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksin siri primer daripada jenis yang sama (homologous).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas sela masa enam bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin tersebut.

Bagi vaksin CoronaVac, dos penggalak akan diberikan selepas tiga hingga enam bulan daripada dos kedua diterima "Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.


Menurut Dr Noor Hisham dalam mesyuarat sama itu turut memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi vaksin ‘AstraZeneca Solution for Injection’ bagi pengilang ketiga iaitu SK Bioscience Co. Ltd Korea Selatan di mana pemegang pendaftaran bagi vaksin ini adalah AstraZeneca Sdn. Bhd.

Beliau berkata PBKD sebelum ini telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi pengilang pertama iaitu AstraZeneca Nijmegen B.V. Netherlands manakala pengilang kedua adalah Siam Bioscience Co., Ltd. Thailand.


Katanya   kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif,” kata Dr Noor Hisham.


Katanya Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara  (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD. -- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2021 12:04 PM | Show all posts
apa penggalak semua ni
cerita covid aku dah tutup buku
sekarang dah buat tak tau je
hihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2021 01:35 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 18-11-2021 12:04 PM
apa penggalak semua ni
cerita covid aku dah tutup buku
sekarang dah buat tak tau je
asal kan jaga diri ... elak bersentuhan bersalaman bagai tu ... pakai mask ... rasa nya ok jer ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070044 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list