CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1277|Reply: 4

[Borneo] [ Berita Luar ] Pesawat Hawk TUDM terhempas, seorang terbunuh

[Copy link]
Post time 17-11-2021 01:35 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila sebuah pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.

Bagaimanapun belum ada pengesahan mengenai identiti kru yang terbabit dalam kejadian jam 10.07 malam di landasan pangkalan udara berkenaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam ciapan di Twitter memaklumkan beliau menerima berita kejadian itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

"Baru terima panggilan daripada Panglima @tudm_rasmi Jeneral Tan Sri Ackbal memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 terhempas di Butterworth (malam) tadi.

"Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota TUDM yang terkorban dalam kejadian itu.

"Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

"Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. @MINDEFMalaysia telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat," katanya

Terdahulu, TUDM dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

"Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih," katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2021 01:37 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2021 01:39 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2021 01:42 PM | Show all posts


Kapten Mohamad Affendi penerima Anugerah Green Endorsement TUDM

BUTTERWORTH: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang meninggal dunia dalam nahas pesawat Hawk malam tadi adalah penerima Anugerah Green Endorsement TUDM minggu lalu.

Anugerah itu sebagai pengiktirafan kerana berjaya melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Ia disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad di Subang Jaya, Selangor.

Berdasarkan laporan di portal rasmi TUDM, Mohamad Affendi menerima anugerah itu menerusi anugerah inovasi TUDM.

Dalam kejadian jam 10.07 malam tadi, sebuah pesawat Hawk 108 milik TUDM dilaporkan terhempas ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan.

Insiden itu menyebabkan Mohamad Affendi maut, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2021 09:37 AM | Show all posts
Keputusan gantung guna pesawat Hawk selepas siasatan selesai

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi.

Beliau berkata sebarang keputusan untuk menggantung pengunaan pesawat itu hanya akan ditentukan selepas hasil siasatan Lembaga Siasatan Khas berhubung insiden pesawat pejuang Hawk terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam Selasa.

Katanya, keputusan itu tertakluk kepada keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung penggunaannya.

"Bagaimanapun, keputusan itu kita serahkan kepada yang lebih pakar (lembaga siasatan khas) dalam hal ini, Panglima Angkatan Tentera akan melaporkan keperluan mereka," katanya pada Rabu.

Sementara itu Hishammuddin turut mengingatkan agar tiada pihak cuba mengambil kesempatan serta mengeruhkan keadaan ketika siasatan masih dijalankan selain beliau menzahirkan rasa sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kedua anggota yang terlibat dalam kejadian itu.

Dalam nahas yang berlaku pada  jam10.07 semalam, seorang juruterbang TUDM  maut sementara seorang lagi cedera ketika sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan mangsa yang meninggal dunia ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam nahas berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil. -- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.092415 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list