CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 380|Reply: 0

[Kedah] 'Kami terperangkap mainan politik Pas'

[Copy link]
Post time 17-11-2021 12:22 PM | Show all posts |Read mode
'Kami terperangkap mainan politik Pas'


NURUL HIDAYAH HAMID | | 16 November 2021


Dari kiri: Dr Ismail Salleh, Asmirul Anuar

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) tampil memberi penjelasan apabila didakwa berdiri menyokong tindakan Kedah menghentikan kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak.


ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Dr Ismail Salleh dan ADUN Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris dikatakan berdiri selepas ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat membahaskan sesi perbahasan usul ucapan Bajet 2022 Negeri Kedah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Isnin.


Ketika sesi perbahasan, Mohd Azam mengatakan judi merupakan satu perkara yang haram sebelum mengajak semua ADUN menyokong tindakan kerajaan negeri untuk sama-sama bangun bagi melahirkan kejituan terhadap usaha itu.


Ismail mengakui beliau merupakan antara ADUN Amanah yang berdiri selepas mendengar sesi perbahasan Mohd Azam tentang lesen premis perjudian dan jualan arak di Kedah.


Bagaimanapun, beliau menegaskan beliau berdiri bukanlah bermakna menyatakan sokongan terhadap keputusan Kedah, namun bangun disebabkan terkena perangkap politik.


"Kami menganggap tindakan Pas (mengajak semua ADUN menyokong keputusan Kedah) merupakan satu perangkap politik dan pihak terbabit sekadar ingin bermain politik untuk mendapat sesuatu sahaja.


"Saya bangun disebabkan keseluruhan permainan ini berdasarkan sentimen dan politik, yang mana Pas ingin memerangkap dengan memainkan sentimen ini. Jadi mereka cuba bermain politik untuk mendapat 'mileage'," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar ADUN pembangkang pada Selasa.


Ismail berkata, Amanah selama ini sering dicop sebagai 'barua DAP' menyebabkan ada didakwa cuba memerangkap mereka sekiranya tidak bangun dengan memainkan sentimen sedemikian.


"Cuba bayangkan dalam keadaan itu, yang mana judi dari segi hukum adalah haram dalam Islam tetapi kami tidak berdiri, maka apa akan terjadi. Maka, sah kami dicop sebagai 'barua DAP'.


"Saya berdiri kerana diperangkap dan pihak terbabit ingin mendapatkan 'mileage' politik'. Sekarang dia tidak boleh kata apa-apa apabila saya bangun termasuklah mengatakan Amanah adalah 'barua DAP' dalam konteks ini," katanya.


Beliau berkata, ia juga bukan pandangan mereka secara umum.


Dalam pada itu, Asmirul turut menegaskan tindakan ADUN Pas supaya menyatakan sokongan dilihat lebih kepada permainan politik bukannya tindakan untuk menjaga keharmonian semua pihak.


"Saya salah seorang yang berdiri. Masalah sekarang soalan spontan telah ditanya ADUN Sungai Limau yang lebih kepada hukum. Jadi, pemahaman kami ketika itu adalah judi haram.


"Jadi pemahaman hukum bagi orang Islam adalah haram, macam contohnya haram untuk khinzir. Bagaimanapun kita bukanlah menafikan hak bukan Islam," katanya.


Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan lanjut daripada ADUN terbabit berhubung isu yang timbul.


"Ketika soalan itu dikemukakan ADUN Sungai Limau yang meminta sokongan, saya tiada dalam dewan dan diberitahu kemudian, sekali gus tidak menjangkakan beliau akan berbuat begitu," katanya.


Bagaimanapun katanya, mana-mana ADUN tidak dibenarkan membuat satu pengundian dalam dewan mengikut peraturan dewan sama ada Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN).


"Itu merupakan satu kesalahan, namun mungkin Speaker DUN terlepas pandang. Ia tidak boleh, yang boleh adakan sokong ataupun tidak sokong adalah Speaker. Tapi ada juga tidak boleh buat.


"Seterusnya, Speaker sendiri tertakluk kepada peraturan untuk membuat undi sokongan ataupun tidak sokongan, maka satu usul perlu dibuat dari kerajaan atau ADUN. Kemudian usul diterima untuk dibahas dan barulah boleh buat undian," katanya.


Phahrolrazi menegaskan situasi yang berlaku pada Selasa merupakan satu kesalahan dewan dan soalan-soalan sebegitu tidak dibenarkan kerana ia memerangkap ADUN.


Pada Ahad, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Kedah memutuskan tidak memberi kelulusan kepada permohonan baharu lesen perjudian dan tidak memperbaharui lesen perjudian sedia ada sebaik ia tamat tempoh di seluruh negeri.


Tindakan Kedah mengehadkan aktiviti perjudian dan penjualan di negeri mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak termasuklah ada menyokong dan tidak menyokong keputusan itu.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -mainan-politik-Pas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.078296 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list