CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5751|Reply: 51

Hijrahkan Laguku, Lapan Penyanyi Yang Sudah Berhijrah Bertanding

[Copy link]
Post time 15-11-2021 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Lapan orang penyanyi tanah air yang sudah berhijrah bakal berentap di sebuah program realiti TV berjudul Hijrahkan Laguku di TV Al Hijrah bermula 20 November.


Selebriti yang bakal bertanding ialah Datuk Nash Lefthanded, Iwan Shahman, Mark Adam, Pangeran Adam, Zaf VE, Shahir Zawawi, Zack Kool dan Rahmad Mega.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, program Hijrahkan Laguku ini adalah sebuah rancangan pertandingan hiburan Islamik yang menggabungkan lapan penyanyi lama dan baru dalam industri hiburan tanah air.




Foto: mStar




“Mereka ini akan menyampaikan mesej dakwah menerusi lirik lagu yang digubah hingga akhirnya salah seorang daripada mereka berjaya bergelar juara pertandingan.


“Kami yakin, ia bakal menjadi fenomena yang mampu membentuk masyarakat serta mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Malah, saya percaya, simbiosis kukuh antara manusia dan seni muzik memang tak dapat dinafikan.


“Manusia secara fitrah mudah tertarik kepada bunyi-bunyian yang menyenangkan, lirik lagu yang mempesona serta seni persembahan yang memberi kedamaian,”katanya.


Dalam pada itu, menurut Namanzee, pemilihan lapan selebriti itu dibuat berdasarkan beberapa kriteria antara yang utama ialah menerusi kisah penghijrahan mereka yang unik serta mampu mendorong penonton untuk menjadi khalifah Allah yang baik.


Hijrahkan Laguku akan menampilkan lapan orang artis baharu dan lama.




Foto: mStar




Lapan penyanyi bakal mengubati rindu peminat dengan penampilan terbaharu mereka.


Turut diambil kira ialah bakat, aura, karisma serta kekuatan mereka dalam bidang nyanyian.


Hijrahkan Laguku akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari studio penyiaran digital TV AlHijrah, pukul 9 malam, setiap Sabtu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 08:32 AM | Show all posts
pengeran adam katanya.. lahir as bruneian kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 10:01 AM | Show all posts
shahir bangkit kembali dari kuburan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 10:12 AM | Show all posts
serabutnya tengok muka sorg². kalau berhijrah memang kena jadi mcm tu ka..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 10:14 AM | Show all posts
pangeran ape jadah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 10:43 AM | Show all posts
sorang baru bangkit dari kuburan dengan rambut menggerbang & braces bersepat taik gigi, sorang nak berpangeran, sorangnya dah macam tabligh 10 hari tak mandi...kenapa imej bersih islamik tak dijaga at the first place? kenapa perlu nampak kephammmm...???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Pangeran?

Tp zaman dlu suka suara iwan! Sedap suara dia masa nyanyi Fantasia Musim Cinta dengan Wulan dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 15-11-2021 08:32 AM
pengeran adam katanya.. lahir as bruneian kaa?

I baca dkt fb aritu ada yg bgtau certain sabahan mcm ni. Mgkin keturunan brunei.

Btw no wonder shahir bangkit dari kuburan but heols x fit the title sbb pernah hijrah ke?? Gitu jugak dari dlu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ingatkan pengeran nak masuk gv
Pengeran la sgt! Nexttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 11:37 AM | Show all posts
selipar_hijau replied at 15-11-2021 10:12 AM
serabutnya tengok muka sorg². kalau berhijrah memang kena jadi mcm tu ka..

A ah. Betul sangat neh. Asalkan 'hijrah' sinonim dengan bulu-buluan tubuh yang serabai, muka berminyak, kulit kusam tak cukup air. Tu belum pakaian lagi. Lelaki pulak tu, kalau pompuan boleh la hadam. Kalau nak hijrah betul tayah nak comeback langsung dah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 11:52 AM | Show all posts
padanla baru2 ni up pasal cerita tiada lg adam. nak masuk bertanding ghopenye heols.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepam. Hijrah apanya. Pastu sibuk masuk balik industri
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik x de peserta wanita
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayang kaka zz menasyidkan lagu2 beliau yang berpitch tinggi sampai nak putus tali gitar. Sesuai ke yu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 15-11-2021 08:32 AM
pengeran adam katanya.. lahir as bruneian kaa?

Yindu majapahit kot kaka... gelaran tu gelaran kuno dari leluhur sana back to keturunan leluhur gittew
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 15-11-2021 10:43 AM
sorang baru bangkit dari kuburan dengan rambut menggerbang & braces bersepat taik gigi, sorang nak b ...

Khennn nauzubillah min zalik kepamnyaaa... Biasa la orang ajet2 tinggalkan duniawi harus la nampak kepam gittewww... Lalu2 sebelah mesti bau perfume dsv yang tengit tu siap ada bau ikan masin... Choiii sampai ke skrin fon iols dah boleh bau semua peserta ni...

Bagi la nampak wangi sikit penampilan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 01:33 PM | Show all posts
anony-mous replied at 15-11-2021 10:58 AM
I baca dkt fb aritu ada yg bgtau certain sabahan mcm ni. Mgkin keturunan brunei.

Btw no wonder sh ...

alaaa idok ler dlm IC ada title gitu kan chuols. haruslah bangkit, tak bangkit kang camne nk tunjuk kan diri tu ok dgn ex-ef ittewww..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 01:39 PM | Show all posts
Pangeran atau pengiran (Jawi: ‏ڤڠيرن‎‎, bahasa Jawa: ꦥꦔꦺꦫꦤ꧀) ialah gelaran untuk putera raja atau penguasa kepada kerajaan yang lebih kecil daripada kesultanan, misalnya Pangeran Landak ialah gelaran untuk raja Kerajaan Landak, Kabupaten Landak, Kalimantan Barat, sejajar dengan sebutan penguasa Pakualaman dan Mangkunegaran.
Ungkapan ini berasal dari kata akar bahasa Jawa Kuno nghér ꦔꦺꦂ yang bermakna "melindungi", maka pangeran boleh difahamkan bererti "pelindung". Hal ini berasal dari keyakinan Dewanata (Hindu epic Mahabharata)bahawa para bangsawan adalah titisan Tuhan Yang Maha Melindungi yang turun ke Bumi.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 01:40 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 15-11-2021 12:19 PM
Yindu majapahit kot kaka... gelaran tu gelaran kuno dari leluhur sana back to keturunan leluhur  ...

kebarangkalian lah kot kan.. time tu lahh tetiba nk guna title yitu yini bgai.. dolu2 tak nk plak digunakan. mebi tak glamour agaknya dolu2, skrg baru org akan kata 'woww' ado tittle.. ahaksss!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 01:41 PM | Show all posts
KIM.K replied at 15-11-2021 12:16 PM
Bayang kaka zz menasyidkan lagu2 beliau yang berpitch tinggi sampai nak putus tali gitar. Sesuai ke  ...

ehhh nampak gaya semua jejants uols, ada wanita kaa? maaf iols kurang pasti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.177650 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list