CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 344|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pasangan kekasih ditahan terlibat pelbagai kes jenayah

[Copy link]
Post time 13-11-2021 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan kekasih ditahan terlibat pelbagai kes jenayah
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 13 November 2021


Rahimi (tengah) menunjukkan gambar barang kes yang dirampas daripada kedua-dua suspek.

GEORGETOWN - Polis menahan sepasang kekasih kerana dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah termasuk pembunuhan seorang lelaki di Flat Sungai Pinang di sini pada tahun 2019 lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra’ais berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di tepi jalan di Jelutong di sini pada jam 10.30 pagi, 3 November lalu.


Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas suspek yang merupakan penganggur itu, polis menemui sepucuk pistol jenis Beretta Brigadier bersama kelopak dan 11 butir peluru bersaiz 9 milimeter (mm).


Selain itu, katanya, polis turut merampas tiga buah telefon bimbit, sebuah motosikal, beg silang dan satu unit walkie talkie.


"Susulan itu, polis menahan teman wanita suspek yang berusia 30 tahun di sebuah kondominium di Jalan Fettes. Wanita berkenaan bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan di sini.


"Polis percaya kedua-dua suspek ada kaitan dengan kes bunuh seorang lelaki di kawasan Sungai Pinang pada dua tahun lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Sabtu.


Rahimi berkata, polis masih menyiasat sama ada mereka terlibat dengan geng kongsi gelap atau sebaliknya.


"Siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada kedua-dua suspek sedang merancang untuk melakukan jenayah lain dengan penemuan senjata api tersebut.


"Ini kerana kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau yang mana suspek lelaki 14 rekod jenayah dan tiga rekod dadah, manakala teman wanitanya mempunyai satu rekod dadah," katanya.


Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api tanpa permit yang sah.


"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru hidup tanpa permit yang sah," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... elbagai-kes-jenayah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.215046 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list