CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 369|Reply: 0

[Pulau Pinang] Seberang Perai, Alor Setar dijangka alami banjir lebih kerap

[Copy link]
Post time 13-11-2021 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Seberang Perai, Alor Setar  dijangka alami banjir lebih kerap
| | 13 November 2021



Meskipun terdapat banyak kawasan pantai di Malaysia namun majoritinya adalah dua atau tiga meter lebih tinggi daripada paras air laut.(Gambar hiasan) - Foto Awani


KUALA LUMPUR - Peningkatan paras air laut dijangka menyebabkan beberapa kawasan di Malaysia mengalami banjir yang lebih kerap dalam tempoh 10 tahun ke 20 tahun akan datang.


Antara lokasi yang paling berisiko ialah Seberang Perai di Pulau Pinang , Alor Setar di Kedah  dan kawasan sawah padi di Kelantan terutamanya yang berhampiran dengan laut.


Felo Penyelidik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development, Dr Chen Jit Ern berkata, meskipun terdapat banyak kawasan pantai di Malaysia namun majoritinya adalah dua atau tiga meter lebih tinggi daripada paras air laut.


“Mengikut kajian, paras air laut global dijangka meningkat antara 30cm hingga 110cm dalam masa 80 tahun, bergantung kepada kadar pelepasan karbon dioksida global.


“Oleh itu, bandar-bandar terbesar Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh tidak begitu diancam dengan kenaikan paras air laut ini.


“Bagaimanapun, lokasi persisiran pantai yang kurang daripada 1 meter di atas atas paras air laut akan mengalami lebih banyak fenomena banjir dari air laut (air pasang besar) seperti kawasan di sekitar bandar Alor Setar, Seberang Perai dan Teluk Intan,” katanya kepada Awani pada Sabtu.


Begitupun, Jit Ern melahirkan kebimbangan terhadap keadaan sawah padi yang berhampiran laut kerana sekiranya air masin memasuki sawah, ia akan merosakkan tanah sekaligus menjejaskan produktiviti padi di kawasan tersebut.


Justeru, katanya rakyat terutamanya di kawasan yang dijangka terjejas perlu bertanya kepada kerajaan apakah tindakan dan perancangan untuk berhadapan dengan situasi tersebut.


“Apakah pelan masa depan, sama ada tempat-tempat yang diancam oleh kenaikan paras laut akan diberi financial support (bantuan kewangan) untuk membina dan merancang sistem perairan yang boleh menahan kenaikan paras air laut seperti di negara Belanda.


“Atau kerajaan sudah membuat keputusan bahawa tempat-tempat ini tidak akan diselamatkan, seperti kebanyakan kawasan di utara bandar Jakarta.


“Di situ, kerajaan tempatan seolah-olah telah mengakui bahawa mereka tidak ada pelan komprehensif untuk menyelesaikan masalah banjir air laut. Dalam keadaan ini, rakyat yang terjejas tidak ada pilihan lain selain terpaksa pindah ke tempat lain,” ujarnya.


Jelasnya, penduduk tidak akan merasa kesan kenaikan paras air laut dalam masa singkat kerana biasanya, ia mengambil masa berpuluh tahun sebelum kesannya mula kelihatan.


Begitupun, penduduk di kawasan terjejas secara perlahan-lahan akan mula terasa kesannya apabila laut dilihat mula hampir dengan mereka dan banjir juga semakin kerap berlaku. - Awani


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -banjir-lebih-kerap
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.116418 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list